Semalam, Sarawak Report (SR) cuba pertahankan Zeti. 1. SR kata Zeti patut…

By Sunday January 3rd, 2021 No Comments

Semalam, Sarawak Report (SR) cuba pertahankan Zeti.

1. SR kata Zeti patut menjalankan tugasnya seperti arahan saya untuk memantau akaun atas nama saya dan memberi amaran kepada saya jika ada transaksi-transaksi meragukan.

2. SR kata kesalahan Zeti ialah dia cuai (neglect) dalam menjalankan kerja dia tapi kecuaian ini telah melindungi saya.

3. SR kata Zeti dan suaminya dah rapat dengan Jho Low dari dulu-dulu lagi. Malah Jho Low pernah menjadi pembantu Zeti di Universiti di Amerika Syarikat.

4. SR kata keluarga Zeti dah lama menerima dana dari Jho Low namun SR kata ini tak salah dalam segi undang-undang untuk keluarga zeti menyimpan duit (yang melebihi RM100 juta) di akaun luar pesisir di negara asing tapi cuma meragukan sahaja.

SR kata keluarga Zeti tak salah dan situasi mereka seperti Leonardo DiCaprio dan Miranda Kerr sahaja.

Entahlah mengapa ianya tak salah untuk keluarga gabenor BNM menyimpan ratusan juta di akaun bank luar negara termasuk dana dari orang yang merupakan buruan utama Malaysia.

Kenapa pula fakta-fakta ini tidak pernah didedahkan kerajaan PH/PN dan kenapa ianya tidak pernah diserah sebagai bukti mahkamah untuk digunakan dalam perbicaraan-perbicaraan kes saya memandangkan Zeti memainkan peranan penting? Kenapa sengaja disorok dari kita?

Lalu SR kata saya marah dengan Zeti dan nak kenakan dia.

Memang saya marah sebab ianya Zeti yang suruh saya buka akaun atas nama saya (dan bukan atas nama parti) untuk menerima dana dari Arab Saudi dan memang Zeti disuruh oleh saya supaya pantau akaun saya dan memberi amaran kepada saya jika ada transaksi-transaksi meragukan.

(Dalam perbicaraan SRC, pihak SPRM dan pihak Ambank telah memberitahu mahkamah bahawa saya telah menerima sekurang-kurangnya RM624 juta terus dari akaun bank Kementerian Kewangan Arab Saudi dan putera Raja Abdullah.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/08/598722/najib-terima-rm642-juta-dari-arab-saudi

Bukan saya seorang pemimpin negara sahaja yang menerima dana secara peribadi dari Raja Abdullah masa itu. Ramai lagi termasuk Raja Sepanyol yang menerima US$100 juta (RM400 juta) dari Raja Abdullah.

“5 Apr 2020: Adel al-Jubeir, the Saudi diplomat who endorsed the $100m donation to Spain’s King Juan Carlos”
https://english.elpais.com/international/2020-04-05/adel-al-jubeir-the-saudi-diplomat-who-endorsed-the-100m-donation-to-spains-king-juan-carlos.html

Bezanya ialah saya gunakan segala dana yang saya terima untuk kerja kebajikan/CSR yang disalurkan secara terus kepada rakyat atau melalui parti BN manakala Raja Sepanyol simpan segalanya untuk kegunaan peribadi.)

Tapi SR kata Zeti cuma cuai dalam menjalankan tugasnya sebagai Gabenor BNM dan tidak memantau serta tidak memberi amaran kepada saya jika ada transaksi meragukan.

Dan Zeti tidak pernah beritahu saya bahawa dia amat rapat dengan Jho Low dari dulu lagi.

“31 Dec 2020: It’s No Secret Najib Wants To ‘Fix’ Zeti – So What Do The ‘Documents’ Tell Us?”
https://www.sarawakreport.org/2020/12/its-no-secret-najib-wants-to-fix-zeti-what-do-the-documents-tell-us/



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157596550450952/

Leave a Reply