Semalam, Polis KL kata alkohol tidak boleh dijual dalam tempoh PKP. Tapi…

By Sunday February 21st, 2021 No Comments

Semalam, Polis KL kata alkohol tidak boleh dijual dalam tempoh PKP.

Tapi hari ini pula dilaporkan Polis KL kata alkohol boleh dijual oleh premis yang ada lesen restoran.

Sebenarnya, SOP PKP tidak pernah larang penjualan alkohol tapi masih melarang premis jenis pub dan kelab malam untuk beroperasi.

Namun, kebanyakan pub dan kelab malam ada kedua-dua lesen alkohol dan restoran.

Ini bermakna premis-premis tersebut dibenarkan untuk beroperasi untuk menjual alkohol.

Cuma pub dan kelab malam tidak boleh membuka kaunter bar mereka.

Hanya dibenarkan untuk waiter dan waitresses menghidang alkohol kepada pelanggan untuk minum dalam premis.

Lockdown Covid di Malaysia agak lain daripada yang lain

Boleh beli 4D, boleh pergi pasar malam, boleh minum alkohol dalam premis, boleh memancing, boleh gunting rambut, boleh kunjung taman awam, boleh ke beauty salon, murid-murid boleh hadir ke sekolah, boleh berjudi dalam kasino tapi ahli parlimen tidak boleh hadir parlimen sebab bahaya Covid.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157717220810952/

Leave a Reply