Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Semalam, Petronas pinjam US$3 bilion (RM12.4b) dalam bentuk sukuk jangkamasa... - Najib Razak

Semalam, Petronas pinjam US$3 bilion (RM12.4b) dalam bentuk sukuk jangkamasa…

By Friday April 23rd, 2021 No Comments

Semalam, Petronas pinjam US$3 bilion (RM12.4b) dalam bentuk sukuk jangkamasa panjang (40 tahun) walaupun harga minyak dunia Brent telah memulih ke lebih US$65 satu tong.

Ini berikutan pinjaman US$6 bilion (RM24.7b) pada bulan April 2020 dan US$600 juta (RM2.5b) pada bulan Mac 2020 lalu.

Iaitu pinjaman sebanyak US$9.6 bilion (RM40b) dalam tempoh sekitar satu tahun.

Masa kerajaan BN dahulu Petronas juga pernah meminjam US$5 bilion pada tahun 2015 (apabila harga minyak dunia jatuh 80%) dan US$4.5 bilion pada tahun 2009.

Iaitu pinjaman US$9.5b dalam tempoh 9 tahun saya PM.

Bagaimanapun, Petronas berkembang pesat dalam tempoh itu setelah 1MDB campurtangan untuk membeli dan menyelesaikan masalah perjanjian pengeluar elektrik bebas (IPP) berat sebelah peninggalan PM4 yang banyak merugikan TNB dan Petronas pada tahun 2012.

Petronas dianggar telah jimat sekitar RM50 bilion dalam tempoh 2012-2017 itu sebab tidak perlu lagi memberi subsidi gas yang tinggi setiap tahun untuk penjanaan elektrik.

Kerajaan BN juga kurang mengambil dividen yang berlebihan dari Petronas masa itu terutamanya pada ketika harga minyak dunia rendah.

Hasil dari itu dan business yang semakin berkembang, nilai bersih Petronas naik dari RM114.2 bilion pada akhir tahun 2008 ke RM432.3 bilion sebelum PRU14.

Rizab tunai Petronas turut naik dari RM45.5 bilion ke RM174 bilion pada masa PRU14.

Ya, penyamun yang jaga Petronas juga yang naikkan nilai Petronas hampir 4 kali ganda dalam tempoh 9 tahun dan tinggalkan cash sebanyak RM174 bilion dalam Petronas. Bukti di sini: https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10157729920595952

Tapi cash RM174 bilion ini hampir habis dikikis kerajaan PH dan PN sehingga Petronas perlu pinjam US$9.6 bilion (RM40b) dalam tempoh setahun berbanding US$9.5 bilion dalam tempoh 9 tahun.

Dividen dibayar Petronas kepada kerajaan:
2016 (BN): RM16b
2017 (BN): RM16b
2018 (PH): RM26b
2019 (PH): RM54b (habis semua wang dijimat dari IPP dengan pertolongan 1MDB diambil PH tapi depa kata hutang RM32b 1MDB mufliskan negara pulak)
2020 (PN): RM34b (walaupun Petronas rugi RM20b)

Mengikut bajet 2021, kerajaan akan minta dividen RM18b dari Petronas.

Melihat trend pinjaman kerajaan PN yang amat tinggi sekarang dan kesungguhan untuk korek tabung amanah seperti KWAN (RM16.9 bilion), adakah dividen RM18 bilion Petronas akan dinaikkan lagi dan dibiayai oleh pinjaman baru US$3 bilion ini?

Jika bukan, kenapa pula Petronas perlu meminjam begitu banyak pada ketika harga minyak dunia telah memulih?

Nilai bersih, jumlah aset dan rizab tunai Petronas telah jatuh RM51.3 bilion, RM36.7 bilion dan RM43.4 bilion masing-masing sejak PRU14 mengikut laporan tahunan Petronas 2020,

Jumlah liabiliti pula naik RM14.7 bilion.

Selain itu, sejak PRU14 Petronas telah jual 5.11% saham MISC (RM1.81b), 5.95% saham Petronas Dagangan (RM1.32b), 9.66% Petronas Gas (RM2.86b) pada tahun 2019 masa PH.
https://www.theedgemarkets.com/article/petronas-raises-rm6b-cutting-listed-unit-stakes

Dan jual lagi 5.96% saham MISC (RM1.77b) dan 7.75% KLCC (RM1b) pada bulan Disember 2020 masa PN.
https://www.theedgemarkets.com/article/petronas-sells-shares-misc-and-klccp-stapled-group



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157844516910952/

Leave a Reply