Semalam, Menteri Kewangan PN beri tiga alasan kenapa hasil kerajaan turun…

By Sunday June 6th, 2021 No Comments

Semalam, Menteri Kewangan PN beri tiga alasan kenapa hasil kerajaan turun sehingga pakej bantuan PEMERKASA+ semakin kecil untuk membantu Rakyat ketika “Total” Lockdown 1 1/2 bulan ini.

Alasan keduanya ialah negara tidak ada lagi GST. Namun takde pulak dia tanya PM8 dan Menteri Ekonomi dorang yang antara paling kuat menipu Rakyat dan berkempen untuk mansuhkan GST.

Ramai yang mungkin terlupa ialah selepas PRU14, saya telah beberapa kali cuba untuk hentikan langkah kerajaan PH untuk gantikan GST dengan SST termasuk di Dewan Rakyat dan dalam posting bulan Ogos 2018 ini.

Walaupun saya baru kalah PRU14 dan saya patut berdiam masa itu, saya masih tegas untuk bersuara sebab tidak mahu negara melakukan kesilapan amat besar yang akhirnya akan memakan diri, menyusahkan Rakyat dan akhirnya membantutkan masa depan negara saya.

Di Dewan Rakyat, ahli parlimen sebelah sana perli saya dengan laungan “Najib guna GST rompak duit Rakyat untuk simpan duit rompakan dalam kondo (kini disahkan dalam mahkamah sebagai fitnah)” atau “harga tinggi sebab GST”.

Posting Ogos 2018 ini jelas memberi 4 ramalan/amaran dan keempat-empatnya menjadi realiti.

1) Pelaburan asing ke Malaysia menjunam menjadi paling rendah di ASEAN sebab negara-negara jiran lebih kompetitif/menarik selepas berjaya kurangkan kadar cukai korporat mereka terutamanya negara Indonesia.

2) Kemelesetan ekonomi masa pandemik memberi tamparan hebat yang menjejaskan hasil kerajaan (seperti disebut Tengku Zafrul semalam)

3) Akibatnya, kerajaan tidak mampu lebih membantu Rakyat terutamanya pada ketika kemelesetan ekonomi di mana Rakyat paling memerlukannya.

4) Harga barang akan naik lebih hebat lagi selepas SST ganti GST yang sudah stabil.

Link ini merupakan terowong masa ke posting tersebut.

Masa itu, ramai RAYKAT yang masih memerli di posting-posting saya sebab mereka belum sedar mereka telah dikencing. Sekarang dah berkurang selepas ramai RAYKAT dahulu telah memulih menjadi Rakyat.

Baca keseluruhan posting saya itu dulu sebelum mula membaca komen-komen:
https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10155511494885952



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157934978065952/

Leave a Reply