SEMALAM: KKM kenal pasti 17 kes mutasi Covid Afrika Selatan HARI INI: KKM…

By Thursday April 15th, 2021 No Comments

SEMALAM: KKM kenal pasti 17 kes mutasi Covid Afrika Selatan

HARI INI: KKM kesan dua lagi kes mutasi UK B.1.1.7 menjadi jumlah 5 kes.

Kedua-dua mutasi Covid ini dikatakan berjangkit dengan kadar lebih laju dan mudah manakala vaksin sedia-ada dilapor kurang berkesan untuk varian Afrika Selatan berbanding varian lain.

Tidak dinyatakan dengan jelas jika mutasi UK sudah menular dalam komuniti.

Namun KKM kata 17 kes varian Afrika Selatan itu dikenalpasti adalah hasil penularan tempatan.

Katanya varian South African B.1.351 berkenaan terdapat dalam Kluster Jalan Lima di Daerah Hulu Langat dan Sepang Selangor (tiga kes); Kluster Kebun Baru, Kuala Langat, Selangor (sembilan kes); Kluster Teknologi Emas, Kuala Langat, Selangor (satu kes) dan saringan kontak rapat dengan satu kes.

Ini adalah berita yang membimbangkan.

Adakah kemasukan varian-varian baru sehingga sudah menular dalam komuniti tempatan ini akibat langkah kerajaan PN turunkan tempoh kuarantin mandatori bagi mereka yang pulang dari luar negara dari 14 hari ke 7 hingga 10 hari (3 hari bagi Menteri) pada ketika negara-negara lain sedang naikkan tempoh kuarantin.

Masa itu, saya telah beberapa kali membantah langkah kurangkan tempoh kuarantin pada ketika seluruh dunia bimbang dengan mutasi baru sebab saya berpendapat ianya tidak masuk akal.

Sehingga hari ini, saya masih tak faham kenapa kerajaan dengan sengaja menambah risiko pada masa itu yang akhirnya membahayakan nyawa Rakyat.

“21 Dis 2020: Naikkan semula tempoh pengawasan kepada 14 hari: Najib”
https://www.sinarharian.com.my/article/115752/KHAS/Covid-19/Naikkan-semula-tempoh-pengawasan-kepada-14-hari-Najib



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157829605595952/

Leave a Reply