Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Semalam, kekanda cuba gunakan penjualan satu ladang TH Plantations pada... - Najib Razak

Semalam, kekanda cuba gunakan penjualan satu ladang TH Plantations pada…

By Thursday December 10th, 2020 No Comments

Semalam, kekanda cuba gunakan penjualan satu ladang TH Plantations pada tahun 2015 masa BN sebagai justifikasi kenapa penjualan ladang Sarawak pada tahun 2019 tidak patut dihentikan kerajaan setelah didesak UMNO.

Alasan mudahnya ialah kenapa THP boleh jual masa BN tapi THP tak boleh jual masa PH.

Alasan Kekanda ini amat rapuh sekali sebab perbezaan kedua-dua jualan adalah amat besar.

1. Penjualan pada tahun 2015 adalah pada ketika harga sawit lebih tinggi. THP tak jual pada masa harga sawit rendah seperti awal tahun 2019.

2. Nilai buku aset dijual tahun 2015 adalah RM53.4 juta dan dijual pada harga RM152 juta. THP untung RM109.7 juta.

Kekanda boleh baca: https://disclosure.bursamalaysia.com/FileAccess/apbursaweb/download?id=76342&name=EA_GA_ATTACHMENTS

Tapi harga buku aset dijual tahun 2019 itu adalah RM366.5 juta (sebelum diturunkan nilai ke RM120 juta selepas THP tiba-tiba tukar jurunilai yg gunakan andaian amat meragukan) tapi dijual dengan harga RM170 juta. THP rugi RM196 juta.

3. TH Plantations jual pada tahun 2015 sebab nak ambil kesempatan untuk mengaut untung yang besar kerana ada tawaran yang tinggi. Penjualan ini bukan mengikut apa-apa rancangan penjualan aset secara besar-besaran.

Manakala penjualan tahun 2019 di bawah PH adalah sebahagian dari rancangan diumum TH Plantations untuk menjual sehingga 76.2% daripada jumlah keluasan ladang milik mereka.

Dulu, BN masa saya PM bina jumlah keluasan ladang milik THP dari 15,000 hektar ke 101,000 hektar. Jika kita jualpun pada tahun 2015 apabila melihat peluang untuk mengaut keuntungan besar, kita masih terus membina aset-aset milik THP.

Tapi masuk PH pula, mereka umum nak lupus sebanyak 76.2% ladang milik TH Plantations dari 101,000 hektar ke 24,000 hektar dalam masa 2 tahun pula.

Kita tambah aset, salah tapi PH jual aset pada harga rendah betul pulak ke, kekanda?

Posting kekanda semalam: https://www.facebook.com/DrMujahidYusofRawa/posts/3582448098460664



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157544090880952/

Leave a Reply