Semalam di Dewan Rakyat, ahli-ahli Parlimen telah pun meluluskan usul…

By Thursday December 3rd, 2015 No Comments

Semalam di Dewan Rakyat, ahli-ahli Parlimen telah pun meluluskan usul Persempadanan Semula Bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Negeri bagi Sarawak.

Sebanyak 11 kerusi akan ditambah untuk Dewan Undangan Negeri Sarawak yang menjadikan jumlah keseluruhannya 82 kerusi bermula daripada pilihan raya negeri yang akan datang.

Saya yakin persempadanan ini, yang disyorkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya, akan membantu wakil-wakil rakyat memberi perkhidmatan yang lebih cekap dan berkesan, khususnya di kawasan-kawasan yang mempunyai kemudahan perhubungan dan pengangkutan yang sangat terhad.

Barisan Nasional sedia mewakili dan berbakti untuk rakyat di kesemua kawasan-kawasan di Sarawak termasuklah kerusi-kerusi baru yang akan diwartakan berkuatkuasa pada 5 Disember.

Hidup Barisan!



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10153178741440952/

Leave a Reply