Semalam, Clare Brown dari Sarawak Report telah menulis satu lagi artikel…

By Wednesday April 29th, 2020 No Comments

Semalam, Clare Brown dari Sarawak Report telah menulis satu lagi artikel putar-belit untuk mengecam saya.

Tetapi malang untuk dia ialah apa yang dia kemukakan sebagai bukti sudahpun didedahkan kepada orang ramai.

Ini apa yang dia tulis.

No. 1: Sarawak Report (SR) mengaku memang ada perjanjian penyelesaian antara IPIC milik kerajaan Abu Dhabi dengan 1MDB.

Ini yang saya sudah kata berkali-kali.
https://business.facebook.com/najibrazak/posts/10156930183055952

No. 2: SR kata kedua-dua pihak mahu menggunakan perjanjian penyelesaian untuk menutup kesalahan masing-masing. Dia kata rakaman audio yang didedahkan oleh SPRM adalah bukti kukuh untuk membuktikan ada kesalahan dari pihak teratas Abu Dhabi dan dari anak tiri saya, Riza.

Rakaman audio ini telah didedahkan kepada semua. Siapa pun boleh mendengar dan membaca transkrip rakaman ini. Sebab itu, Clare Brown tidak boleh menipu dalam hal ini.

Inilah transkripnya:
https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10156807500265952

Dan ini rumusan dari transkrip rakaman:
– Ianya cubaan untuk menyelesaikan masalah 1MDB dengan cara baik untuk kebaikan kedua-dua negara terlibat. Putera Mahkota Abu Dhabi juga bersetuju masalah ini perlu diselesaikan.
– Kes ini dikaitkan dengan beberapa individu yang sangat dekat dengan pemimpin Abu Dhabi.
– Pengerusi IPIC, Sheikh Mansour serta Putera Abu Dhabi pernah memberitahu mereka akan melabur dalam projek-projek filem Riza Aziz dan ini disahkan sendiri melalui perbualan itu.
– Saya dan Riza pada ketika itu tidak tahu asal-usul sumber wang yang diterima oleh Riza dan percaya dana itu tiada masalah kerana ianya telah diluluskan oleh bank penerima.
– Riza pernah bayar balik sebahagian dari dana yang diterimanya sebagai pelaburan.

Sebab itu, saya telah memohon kepada mahkamah supaya rakaman audio itu dimasukkan sebagai bukti pembelaan tetapi ianya ditolak sekali lagi oleh pihak pendakwa raya:

“Dalam permohonan 15 Jan itu, Najib mahu SPRM kemukakan rakaman itu, yang didengarkan pada sidang media minggu lepas, untuk diperiksa kerana beliau mendakwa ia penting bagi pembelaan dalam kes SRC International dan 1MDB yang sedang berjalan.”

January 17, 2020: Najib mahu rakaman audio SPRM berkait 1MDB untuk bela diri
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/01/17/najib-mahu-rakaman-audio-sprm-berkait-1mdb-untuk-bela-diri/

No.3: SR kata keputusan di mahkamah London yang diperolehi oleh kerajaan PH dahulu adalah “kemenangan besar” bagi Malaysia?

Apakah “kemenangan besar” yang dia kata?

Ianya cuma keputusan mahkamah London bahawa kerajaan Malaysia ada hak untuk mencabar perjanjian penyelesaian tahun 2017:

“27 November 2019: 1MDB, MKD boleh cabar IPIC, Aabar di England”
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/11/632435/1mdb-mkd-boleh-cabar-ipic-aabar-di-england

Walaupun kerajaan PH pernah kata bahawa pembatalan yang bakal diperolehi boleh mengelakkan kerajaan Malaysia membayar hutang berbilion-bilion kepada IPIC, pihak IPIC sendiri kata 1MDB dan Malaysia tak hutang apa-apa pun kepada IPIC.

“It said 1MDB did not currently owe any debt to IPIC or Mubadala.”
https://www.reuters.com/article/us-malaysia-politics-1mdb-ipic-idUSKCN1N40ZY

Sebaliknya, IPIC yang berjanji akan membayara balik semua wang 1MDB yang didakwa hilang sebelum 30 Disember 2020.

No. 4: SR kata pihak yang paling lega adalah kerajaan Abu Dhabi yang boleh menutupkan kesalahan pihak-pihak atasan mereka yang telah menyeleweng dan menggunakan wang 1MDB dan juga boleh mengelakkan membayar berbilion-bilion kepada Malaysia.

Tapi SR kata kerajaan Abu Dhabi akan mengenakan caj yang amat besar pada Malaysia supaya Abu Dhabi akan paling lega?

Abu Dhabi yang paling lega tapi Malaysia pula yang kena bayar supaya Abu Dhabi paling lega?

(Dan kenapa pulak IPIC yang perlu bayar kita berbilion-bilion kepada kita jika ianya Najib yang curi wang berbilion-bilion itu?)

Langsung tak masuk akal apa yang Clare Brown tulis semalam.

Ini artikel SR: https://www.sarawakreport.org/2020/04/another-bank-set-to-crash-over-1mdb/

Hari itu juga, SR kata dia tak akan datang ke Malaysia untuk disaman oleh saya kerana dia kata ianya tak selamat di Malaysia untuk dia:

“Clearly, these cases would have to be brought in KL, which is somewhere the editor of Sarawak Report is no longer safe to visit following the establishment of the backdoor administration containing figures who issued a slew of charges and and an Interpol alert during the last government. “
https://www.sarawakreport.org/2020/04/najib-threatens-to-sue-sarawak-report-when-his-cases-are-settled/



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10156984528720952/

Leave a Reply