Semalam, Bank Dunia mengeluarkan laporan bahawa Malaysia semakin ketinggalan…

By Tuesday March 16th, 2021 No Comments

Semalam, Bank Dunia mengeluarkan laporan bahawa Malaysia semakin ketinggalan dalam rantau ASEAN dari segi pelaburan asing dan pembangunan.

Bank Dunia kata pelaburan asing ke Malaysia telah jatuh 58% pada tahun lepas manakala laporan United Nations pula kata kadar penurunan pelaburan asing ke Malaysia adalah sebanyak 68% iaitu paling corot di rantau ini.

Bank Dunia juga memberi amaran bahawa hasrat negara untuk mencapai tahap negara pendapatan tinggi dalam bahaya.

Sebelum PRU14, Bank Dunia pernah memberi unjuran bahawa Malaysia mampu capai tahap itu seawal tahun 2020.

“16 Dec 2017: World Bank: Malaysia to achieve high-income nation status as early as 2020”
https://www.thestar.com.my/news/nation/2017/12/16/world-bank-malaysia-high-income-status-by-2020/

Sebelum PRU14, Malaysia adalah antara negara dengan kadar pembangungan tertinggi serta penerima pelaburan asing tertinggi di rantau Asia dan kita semakin hampir dengan paras negara berpendapatan tinggi.

Sekarang pula kita antara paling corot dan semakin ketinggalan di ASEAN.

Saya bimbang bahawa prestasi Malaysia tahun 2021 ini juga akan ketinggalan lagi di belakang negara-negara jiran sebab kita satu-satunya negara dalam ASEAN dan dunia yang telah gantungkan perlembagaan dan demokrasi setelah kita mengisytiharkan darurat untuk tempoh lebih separuh tahun.

Pelabur domestik dan pelabur asing kurang gemar dengan situasi seperti ini.

“16 Mac 2021: Malaysia investment slump shows need for structural reforms: World Bank”
https://www.straitstimes.com/business/economy/malaysia-investment-slump-shows-need-for-structural-reforms-world-bank



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157766085735952/

Leave a Reply