Semalam, Amerika Syarikat mencatat 183,527 kes baru Covid. Kes baru Covid…

By Saturday November 14th, 2020 No Comments

Semalam, Amerika Syarikat mencatat 183,527 kes baru Covid.

Kes baru Covid seluruh dunia naik 656,454 kes semalam.

Rata-rata negara barat sedang mencatat kenaikan mendadak kes baru menjelang musim dingin hemisfera utara.

Hanya negara Perancis merekodkan sedikit penurunan setelah mereka melaksanakan lockdown ketat bagi kali kedua bulan lepas.

Kes baru Covid United Kingdom dijangka turun tak lama lagi semula setelah mereka melaksanakan lockdown kali kedua bermula awal bulan November ini.

Kebimbangan saya ialah semakin menjelang musim dingan hemisfera utara, semakin tinggi kes baru Covid setiap hari.

Saya percaya negara-negara barat ini akan terpaksa melaksana semua lockdown atau memperketatkan lagi lockdown mereka sebab sistem kesihatan tidak akan mampu bertahan tak lama lagi.

Ini akan memberi impak negatif yang besar kepada harga minyak dunia dan eksport negara kita sekali lagi seperti apa yang berlaku pada bulan Mac dan April lalu.

Jika ada vaksin pun, ramai yang meramal vaksin hanya mula memberi kesan kepada ekonomi pada separuh kedua tahun 2021.

Sebab itu, negara kita perlu sedar ada kemungkinan besar bahawa ekonomi akan bertambah teruk.

Kerajaan jangan pandang rendah perkara ini hanya sebab angka KDNK bagi suku ke-3 2020 menunjukkan pemulihan dari negatif 17.1% pada suku ke-2 kepada negatif 2.7%.

Negatif tetap negatif.

Saya ramalkan KDNK untuk suku ke-4 tentu akan menunjukkan angka negatif 2.7% untuk suku ke-3 akan bertambah lagi negatif berikutan moratorium pinjaman tamat pada akhir September 2020 dan PKPB dilaksanakan secara meluas di negara kita bermula Oktober 2020.

Perlaksanaan PKPB sudah tentu memberi impak kepada ekonomi kita walaupun BNM kata semalam bahawa ianya tidak batutkan trajektori pertumbuhan Malaysia.

“PKPB tidak bantutkan trajektori pertumbuhan Malaysia 2021”
https://malaysiagazette.com/2020/11/13/pkpb-tidak-bantutkan-trajektori-pertumbuhan-malaysia-2021/

Dulupun pernah ada seorang menteri kewayangan yang kata negara bebas risiko kemelesetan ekonomi walaupun Covid melanda.

“Malaysia tidak berdepan risiko kemelesetan ekonomi: Guan Eng”
https://www.sinarharian.com.my/article/68999/BERITA/Nasional/Malaysia-tidak-berdepan-risiko-kemelesetan-ekonomi-Guan-Eng



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157490005215952/

Leave a Reply