Semalam, ada yang terasa dengan posting saya yang bermula dengan “Kalau dah…

By Thursday July 8th, 2021 No Comments

Semalam, ada yang terasa dengan posting saya yang bermula dengan “Kalau dah mengaku bodoh, dengar nasihat”.

Tapi ini benar-benar berlaku.

Kamu tahu objektif sebarang lockdown ialah untuk pastikan sistem kesihatan tidak runtuh sehingga Rakyat yang sakit kritikal tidak mampu diberi rawatan.

Kamu tahu keadaan hospital di Selangor telah kritikal sehingga puluhan pesakit perlu terlantar atas katil kanvas di ruang parkir depan wad kecemasan hospital.

Kamu sudah diberi amaran oleh KP Kesihatan sendiri bahawa sistem kesihatan Selangor di ambang lumpuh jika kes baharu tidak turun.

Kamu tahu bahawa kilang merupakan penyumbang utama kluster baharu Covid. Sebab itu, kamu buat PKPD 14 hari di Selangor dengan matlamat utama untuk tutupkan kilang.

Tapi apa yang kamu buat?

Tak sampai 5 hari dan pada ketika kes Selangor tetap tinggi pada lebih 3,000 kes sehari, kamu benarkan lagi kilang-kilang bukan essential untuk beroperasi semula.

Jika ini tidak bodoh, tidak zalim dan tidak kejam, apa lagi?

Pemimpin yang ikhlas dan sayang pada Rakyat tidak akan sanggup membiarkan seorang nyawa Rakyat terkorban secara sia-sia dan tidak akan sampai hati untuk biarkan berjuta warga dikurung berpanjangan lagi tanpa pendapatan.

Tidak akan membuat keputusan bodoh, zalim, kejam dan tidak bertanggung jawab sebegini.

Di mana keperimanusiaan kamu?

Sekarang saya nak tengok bola England lawan Denmark.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157995785715952/

Leave a Reply