Semakin lama Malaysia semakin ketinggalan. Kali ini, kepada negara-negara…

By Wednesday January 20th, 2021 No Comments

Semakin lama Malaysia semakin ketinggalan.

Kali ini, kepada negara-negara jiran kita seperti Indonesia.

Tidak lama lagi ada kemungkinan besar rakyat Indonesia tidak lagi menjadi sumber tenaga kerja
kepada sektor-sektor kita.

Rakyat kita mungkin yang akan berpusu-pusu bekerja di sana, lantas membawa kepada isu aliran
keluar kemahiran dan kepakaran kita (brain drain).

Masa itu, syarikat besar Indonesia pula yang akan kita menjemput dan bawa masuk ke Malaysia. Itu pun jika mereka berminat melabur di Malaysia.

Pembangunan infrastruktur di Indonesia juga menjadi tarikan. Misalnya, high speed rail atau keretapi berkelajuan tinggi.

Tahu tidak kemajuan projek mereka? Sudah hampir 70% siap.

Saya ada baca komen.

“sekarang ni masa Covid lah jib”
“PN mana boleh buat misi ke luar negara sekarang jib. agak2 ah”

Kerajaan Indonesia juga berdepan dengan masalah Covid-19. Kes harian mereka beribu-ribu juga dan
saya difahamkan mencecah 14,000 kes harian baru-baru ini.

Tetapi kerajaan Indonesia mengambil langkah proaktif dalam urusan ekonomi dan pelaburan.

Keyakinan terhadap ekonomi Indonesia amat tinggi.

Sementara itu, apa yang kita buat?

Malaysia duduk dan tunggu.

Sambil bersorak sesama sendiri.

Terus terang saya amat susah hati dan bimbang apabila baca berita-berita ini.

Dahulunya Malaysia boleh dikatakan antara destinasi pertama bagi pelabur asing di rantau ini.

Malaysia dilihat sebagai berpotensi besar dan kerajaan amat proactive mengalu-alukan pelaburan
domestik dan pelaburan asing.

Ekonomi kita berkembang stabil.

2018, 2019, 2020 telah berlalu. Sekarang dah 2021.

PH sudah, PN pula kini.

Tanya pada diri kita.

Apa yang telah kita capai dalam tiga tahun lebih ini? Ke mana hala tuju kita pada hari ini?

Kita ada berpuluh-puluh agensi yang berkaitan pelaburan. MIDA ada, MaGIC ada, InvestKL ada, MDEC ada, dan banyak lagi.

Kita ada Majlis Tindakan Ekonomi Negara. Saya tahu sebab masa saya, setiap Isnin saya bermesyuarat bersama pemimpin-pemimpin kerajaan, ketua-ketua agensi pelaburan, Bank Negara dan sebagainya bagi tujuan ekonomi dan pelaburan kita.

Kita ada pemimpin-pemimpin yang jaga pelaburan asing, pelaburan tempatan dan juga pembangunan
ekonomi Malaysia. Tengoklah senarai Kementerian.

Tidakkah kita berasa risau dengan keadaan yang dihadapi Malaysia?

Masa PH, jatuh ekonomi kita. Masa PN, begitu juga.

Saudara-saudari, kita berada dalam keadaan kritikal.

Pilihan di tangan kita.

Adakah Malaysia masih memilih untuk duduk dan tunggu?

Jika tidak dibetulkan dan beralih kembali kepada landasan yang betul, maka Malaysia bakal menghadapi masalah besar dalam masa terdekat.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157633121020952/

Leave a Reply