Selepas PRU14, Nga Kor Ming suruh seluruh lembaga pengarah syarikat…

By Friday June 5th, 2020 No Comments

Selepas PRU14, Nga Kor Ming suruh seluruh lembaga pengarah syarikat tersenarai awam milik kerajaan Perak, Perak Corporation Berhad untuk letak jawatan serta merta.

“26 Mei 2018: DAP gesa lembaga pengarah Perak Corporation Berhad letak jawatan”

Lepas itu, PH ganti ahli lembaga syarikat GLC itu dengan orang mereka – termasuk anak buahnya Chong Zhemin.

Lembaga pengarah syarikat baru ada 7 orang.

5 daripada 7 ahli lembaga pengarah ialah:

– Mohamed Azni bin Mohamed Ali
Calon PH bagi kerusi Parlimen P72 Tapah

– Chong Zhemin
ADUN PH N42 Keranji

– Ng Shy Ching
ADUN PH N46 Teja

– Hatim bin Musa
Calon PH bagi kerusi N53 DUN Rungkup

– Khairul Anuar bin Musa
Calon PH bagi kerusi N19 DUN Chenderoh

Wakil Rakyat PH yang menang dapat jawatan lembaga pengarah dalam syarikat tersenarai awam Bursa Malaysia.

Calon PH yang kalah turut mendapat jawatan.

Menang atau kalah pun dapat jawatan asalkan mereka ialah orang PH.

Bulan Februari lalu, Perak Corporation umum mereka tidak dapat membayar hutang dan telah disenaraikan sebagai syarikat kategori PN17.

Ini adalah satu langkah sebelum syarikat itu dinyahsenarai atau diisytiharkan muflis.

Setakat kini, orang PH masih belum letak jawatan mereka masing-masing:
http://www.perakcorp.com.my/page/182/Board-of-Directors/



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157097656505952/

Leave a Reply