“Selepas lapan hari pelaksanaan PKP penuh, kes masih melebihi 5,000 sehari…

By Wednesday June 9th, 2021 No Comments

“Selepas lapan hari pelaksanaan PKP penuh, kes masih melebihi 5,000 sehari dengan purata kes baharu sehingga semalam ialah 6,871, melebihi nilai ambang yang disasarkan iaitu purata 4,000 kes ke bawah dalam tempoh tujuh hari,” katanya pada sidang media bersama Menteri Penyelaras Program Iminusasi Covid-19 Kebangsaan hari ini.”

“Kementerian Kesihatan berpandangan kerajaan patut meneruskan kaedah pelaksanaan PKP penuh di seluruh negara,” katanya.

——
Hari ini hari ke-9 dari 14 hari “Total” Lockdown** (yang tak Total sangat) Fasa 1.

Sudah wujud bunyi bahawa Fasa 1 mungkin akan dilanjutkan.

Lepas itu, 4 minggu “Total” Lockdown Fasa 2 di mana beberapa lagi sektor ekonomi akan dibuka, aktiviti sosial dan keagamaan tidak dibenarkan.

Dan selepas itu, Fasa 3 di mana lockdown akan balik kepada PKP 3.1 tambah ketat untuk satu tempoh yang belum ditentukan. Lebih banyak sektor ekonomi akan dibenarkan buka semula dalam Fasa ini tapi aktiviti sosial dan keagamaan masih tidak dibenarkan.

Namun fasa 2 dan fasa 3 hanya akan dilaksana sekiranya Fasa 1 (yang mungkin akan tambah 14 hari lagi) dianggap berjaya.

**kecuali sekitar 120k syarikat “essential services”.

“9 Jun 2021: Kerajaan mungkin lanjut PKP penuh, kata menteri”
https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/320568



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157940819025952/

Leave a Reply