Selepas dinaikkan ke RM10,000, denda ingkar PKP Malaysia menjadi antara…

By Friday February 26th, 2021 No Comments

Selepas dinaikkan ke RM10,000, denda ingkar PKP Malaysia menjadi antara paling tinggi dalam dunia.

Saya sokong hukuman yang lebih berat bagi mereka yang langgar SOP Covid namun bukan semua SOP PKP adalah sama serius dan tidak patut dipukul rata.

Misalnya tidak pakai/salah pakai mask, lupa scan MySejahtera, gagal mematuhi penjarakan fizikal atau keluar rumah tanpa alasan kukuh berbeza dengan ingkar kuarantin wajib, potong gelang kuarantin, rentas negeri tanpa kebenaran, gagal melapor diri sebagai kontak rapat kes positif atau berpesta ketum beramai-ramai di hotel/rumah sewa.

Bagi kesalahan yang kurang serius melibatkan bilangan rakyat paling ramai yang mungkin berpunca daripada kesilapan tidak sengaja, hukumannya perlu kepada pengajaran dan perlu dinaikkan secara progresif – bukan untuk memufliskan rakyat.

Sebagai contoh bagi kesalahan kurang serious, dendanya boleh dinaikkan secara progresif.

Kesalahan pertama: RM1,000
Kesalahan kedua: RM3,000
Kesalahan ketiga: RM6,000
Kesalahan keempat dan seterusnya: RM10,000

Kaedah hukuman progresif ini diguna pakai oleh beberapa negara lain dan diterima rakyat di sana sebab tiada sesiapa akan bersimpati kepada pesalah degil yang berulang-kali melanggar SOP.

Tapi jika terus didenda RM10,000 bagi kesalahan pertama, ramai tidak akan berpuas hati.

SOP juga patut konsisten dan tidak boleh sering flip-flop sehingga pegawai penguatkuasa dan rakyat pening kepala.

Selepas denda dinaikkan, kemarahan rakyat tentu turut naik mencanak jika berlakunya lagi dwi-standard antara hukuman pada rakyat biasa dengan ahli politik.

Ianya menjadi lagi parah bagi wakil rakyat sebab sebarang denda yang melebihi RM3,000 akan menyebabkan kehilangan kelayakan sebagai wakil rakyat.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157727603165952/

Leave a Reply