News_archive

Selangor minta Najib elak Perbezaan negeri dan pusat

By Monday April 6th, 2009 No Comments

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor, yang diperintah pakatan DAP, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), berharap Datuk Seri Najib Razak dapat mentadbir negara tanpa dipengaruhi perbezaan politik di peringkat negeri dan pusat.

“Secara peribadi, saya percaya Datuk Seri Najib mempunyai permulaan yang baik sebagai Perdana Menteri kerana beliau dipayungi legasi ayahandanya, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein yang banyak berjasa terhadap pembangunan Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam aspek ekonomi pula, katanya, kerajaan Selangor percaya tugas utama dan terpenting Najib adalah bagi memastikan negara berjaya menghalang impak kegawatan dan seterusnya menyuburkan pertumbuhan.

Sumber : Berita Harian

Leave a Reply