Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Selamat pagi Malaysia. Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia yang telah... - Najib Razak

Selamat pagi Malaysia. Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia yang telah…

By Sunday June 7th, 2020 No Comments

Selamat pagi Malaysia.

Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia yang telah jatuh dari hampir 3,000 kes ke 1,148 kes telah naik semula ke 1,551 sejak 3 minggu yang lepas.

Namun, saudara-saudari tidak perlu panik!

Kenaikan kes aktif Covid pada masa Ini ialah hasil dari saringan yang lebih aktif dan meluas – terutama ke atas golongan pekerja yang kembali bekerja dan golongan bukan warganegara.

Kapasiti saringan Covid sehari juga telah meningkat dari kurang 1,000 sehari sebelum kerajaan PH tumbang ke lebih 27,500 saringan sehari sejak minggu lepas.

Realitinya ialah lebih ramai pesakit yang tidak ada gejala penyakit dapat dikesan dan dikesan lebih awal supaya rawatan dan penjagaan yang diperlukan mampu diberi lebih awal.

Sebab itu, jumlah kes kritikal Covid-19 di negara kita terus menurun dan terkawal.

Kes kritikal Covid yang memerlukaan penjagaan Unit Kawalan Rapi (ICU) telah jatuh dari 108 pesakit ke 5 orang semalam.

Manakala kes Covid paling kritikal yang memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilator) turun dari setinggi 66 pesakit pada awal bulan April telah turun ke sifar semalam.

Ini adalah jasa barisan hadapan negara kita bersama kerjasama dengan majikan serta pengorbanan seluruh Rakyat Malaysia yang mematuhi arahan untuk duduk rumah dan melakukan penjarakan diri sejak PKP dilaksanakan.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157102655935952/

Leave a Reply