Selain membantu dan menjaga penduduk di daerah-daerah yang telah…

By Wednesday September 30th, 2020 No Comments

Selain membantu dan menjaga penduduk di daerah-daerah yang telah dilaksanakan PKPD, kerajaan baru Sabah disarankan untuk memberi fokus kepada 5 perkara ini:

1. Tuntut cukai jualan petroleum dari kerajaan pusat. Awal bulan ini, Sarawak telah dibayar RM2.9 bilion oleh Petronas. Sabah juga patut dibayar secepat mungkin.

2. Mempercepatkan pembinaan Pan Borneo Highway terutamanya jajaran-jajaran yang lebih dekat dengan bandar-bandar utama.

Jika perhubungan infrastruktur siap, pembangunan akan menyusul. Kerajaan Sabah juga perlu memberi kelulusan yang laju bagi sektor swasta merealisasikan potensi kawasan-kawasan baru yang telah dibuka oleh Pan Borneo Highway.

Langkah ini mampu menjadi pemangkin bagi menjamin pertumbuhan ekonomi Sabah dalam masa terdekat.

3. Batalkan anugerah projek empangan papar yang telah diberi oleh kerajaan Warisan secara rundingan terus kepada syarikat JV semenanjung Malaysia yang berkait terowong Pulau Pinang bersama sebuah syarikat baru amat kecil di mana pemilik utamanya seorang anak muda berumur 26 tahun.

Kerajaan Warisan dahulu telah berjanji menanggung kos penuh RM3 bilion ini. Ini akan memberi tekanan hebat kepada bajet tahunan Sabah yang cuma RM4 bilion setahun.

Gantikan projek ini dengan projek kolam-kolam takungan hiliran (Off River Storage ORS) bersama penjana tenaga solar yang kos dan impak alam sekitar jauh lebih rendah.

Lebih lanjut: https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10157354395120952

4. Kaji semula 4 projek penyelenggaraan jalan bernilai RM1.45 bilion diberi secara rundingan terus oleh kerajaan Warisan Sabah kepada 4 buah syarikat dengan pendapatan sifar dengan modal berbayar dari RM750k hingga RM1.72 juta.

Termasuk diberi kepada sebuah syarikat yang baru didafter 9 bulan serta sebuah lagi syarikat yang mempunyai pemilik majoriti serta pengarah yang sama dengan syarikat lain yang diguna untuk songlap duit RISDA dalam kes Menteri Warisan Peter Anthony.

Keadaan jalan di Sabah sudah teruk. Kontrak-kontrak ini adalah untuk tempoh 5 tahun. Ada kembimbangan bahawa keadaan jalan akan bertambah teruk jika syarikat-syarikat kroni yang tidak berkebolehan diberi projek.

Siasat juga jika ada penyelewengan sebab saya difaham bahawa wang telah dibayar walaupun kerja belum bermula.

Lebih lanjut: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157365470015952/?extid=9n7FBBbB4T0ka5Pc&d=n

5. Segerakan kes Timbalan Ketua Menteri Warisan Plus Sabah Christina Liew yang telah diarahkan membayar ganti rugi RM557 juta kepada syarikat milik kerajaan Sabah dan 819 peladang kecil yang telah ditipu tanah mereka pada tahun 2005 dan 2006.

Semasa Warisan mentadbir, Ketua Menteri Sabah Shafie Apdal merupakan pengerusi syarikat terbabit.

Ini bermakna plaintif adalah Ketua Menteri manakala Timbalan dia pula adalah defendan.

Kes ini dikatakan masih dalam proses mahkamah rayuan pada tahun 2018 setelah Warisan ambil alih kerajaan.

11 Oct 2018: BSSB case involving current deputy CM still in appeal stage
https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/10/11/bssb-case-involving-current-deputy-cm-still-in-appeal-stage

Namun pada tahun 2020, perbicaraan kes dalam mahkamah rayuan masih belum bermula setelah berkali-kali ditangguh.

“17 Jun 2020: Liew’s appeal hearing postponed”
http://www.dailyexpress.com.my/news/154392/liew-s-appeal-hearing-postponed/

Penangguhan ini tidak adil kepada 819 peladang kecil yang telah kehilangan tanah setelah mahkamah tinggi mendapati Christina Liew telah berpakat dengan staff dia untuk menipu mereka.

Siasat juga jika ada salah guna kuasa kerajaan Warisan untuk melindungi Christina.

Lebih lanjut: https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10157161834660952



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157391270435952/

Leave a Reply