Sekiranya perancangan kerajaan ialah untuk membenarkan negeri-negeri dengan…

By Friday July 2nd, 2021 No Comments

Sekiranya perancangan kerajaan ialah untuk membenarkan negeri-negeri dengan jumlah kes baharu dan kadar kebolehjangkitan yang rendah untuk terus beralih ke fasa-fasa berikut terlebih dahulu, maka langkah-langkah ini perlu di buat DENGAN SEGERA bagi melindungi negeri-negeri terpilih.

Perlu ingat bahawa Segera tak bermaksud 3-4 minggu atau 3-4 bulan kemudian sebab virus Covid ada tempoh inkubasinya.

Bagi negeri-negeri dengan kes Covid dua angka ke bawah DAN kadar kebolehjangkitan R0 di bawah 0.80 untuk tempoh 5 hari berturut, negeri-negeri ini boleh terus ke Fasa 3 (tak payah nak masuk Fasa 2) untuk benarkan hampir semua sektor beroperasi semula.

Sebelum itu, sempadan negeri perlu dijaga sama ketat seperti sempadan negara. Orang tempatan juga mengambil peranan yang penting untuk memberi kerjasama agar kawan-kawan serti ahli keluarga tidak curi masuk ke dalam negeri melalui jalan tikus.

Syarat untuk memberi kebenaran rentas negeri untuk seluruh negara bagi sebarang tujuan termasuk penghantaran barang ialah mereka wajib selesaikan sepenuhnya dua dos vaksin sebab mereka risiko bagi mereka yang telah divaksin sepenuhnya untuk dijangkit dan menjangkit adalah jauh lebih rendah.

Sekiranya negeri yang telah diberi kelonggaran tiba-tiba menunjukkan kenaikan kes maka buatlah Total Lockdown untuk tempoh 7 hari sahaja untuk membenarkan pihak berkuasa mengenalpasti kluster atau hotspot untuk dikenakan PKPD.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157985968365952/

Leave a Reply