Sejak permulaan tahun ini, rata-rata pasaran saham dunia sering mencatat…

By Saturday February 20th, 2021 No Comments

Sejak permulaan tahun ini, rata-rata pasaran saham dunia sering mencatat tahap paling tinggi dalam sejarah.susulan pengedaran vaksin Covid dan kemenangan presiden Amerika Syarikat Joe Biden,

Tapi Bursa Malaysia sahaja yang tidak menunjukkan prestasi yang sama sejak bulan lepas (tengok graf) di mana lain-lain pasaran dalam dunia naik ke paras tertinggi tetapi kita turun.

Baik dari segi prestasi permulaan tahun 2021 hingga kini (Year to date) atau untuk prestasi sejak 5 lahun lepas, Bursa Malaysia antara bilangan sangat kecil dalam dunia yang mencatat kemerosotan manakala yang lain semakin naik ke paras paling tinggi dalam sejarah..

Kita merah manakala lain dalam dunia hijau.

Malah, Bursa Saham Malaysia masih antara paling corot dalam dunia untuk tahun 2021 setakat ini akibat PKP dan darurat.

Malah indeks Bursa Malaysia masih 300 point di bawah paras tertinggi dalam sejarah yang dicatat pada bulan April 2018 sebelum PRU14 walaupun pasaran-pasaran saham lain dalam dunia satu persatu catat paras paling tertinggi dalam sejarah masing-masing.

Selepas PRU14, pelabur asing telah menarik keluar dana sekitar RM50 bilion daripada pasaran saham Malaysia.

Tahun lepas sahaja, hampir RM25 bilion ditarik keluar dari pasaran kita oleh pelabur asing – iaitu aliran keluar dana asing paling tinggi dalam ASEAN.

“21 Dec 2020: Foreign fund outflow hits RM25bil”
https://www.thestar.com.my/business/business-news/2020/12/21/foreign-fund-outflow-hits-rm25bil

Manakala negara-negara jiran seperti Thailand dan Indonesia menerima aliran masuk dana asing.

Asia Plus Securities (ASP) expects foreign capital to continue to flow into the Thai stock market in the medium to long term despite concerns over additional currency controls that will be announced by the Bank of Thailand on Dec 9.

“15 Dec 2020: Foreign fund inflows will push SET up to 1,600 points, say analysts”
https://www.nationthailand.com/news/30399634

“Fund Managers Bet on Indonesia’s Cyclical Stocks, See Long Rally Ahead”
https://jakartaglobe.id/business/fund-managers-bet-on-indonesias-cyclical-stocks-see-long-rally-ahead



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157714638590952/

Leave a Reply