Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Sehingga kini, tiada seorang pemimpin DAP pernah mengecam atau memberi... - Najib Razak

Sehingga kini, tiada seorang pemimpin DAP pernah mengecam atau memberi…

By Friday February 5th, 2021 No Comments

Sehingga kini, tiada seorang pemimpin DAP pernah mengecam atau memberi sebarang komen tentang buku Tommy Thomas walaupun ianya menjadi antara isu paling hangat negara ketika ini.

Kit Siang tak mahu komen ke atas pendedahan Tommy bahawa dia sudah dapat persetujuan dari DAP sejak tahun 2013 untuk dilantik peguam negara bila DAP jadi kerajaan?

Selepas Tommy dilantik, kes anak Kit Siang dan rata-rata kes pemimpin PH digugurkan manakala rata-rata pemimpin UMNO didakwa.

Kit Siang juga tak mahu komen ke atas pendedahan Tommy bahawa Tommy dan Tun Mahathir campur tangan dalam perlantikan jawatan tertinggi hakim-hakim (muka surat 342-343 buku Tommy) walaupun ianya sepatutnya dibuat melalui Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC).

Kit Siang dari dulu-dulu sudah sokong Richard Malanjum untuk menjadi Ketua Hakim Negara.

Lalu Richard dilantik Ketua Hakim Negara. Dalam minggu pertama dia menjawat, hakim kes SRC saya pula diganti dengan hakim baru walaupun perbicaraan sudah berjalan.

Hakim baru tersebut pula cuma dilantik hakim mahkamah tinggi sivil pada tahun sebelumnya – bermakna dia hanya ada pengalaman setahun dalam kes sivil dan langsung tiada pengalaman kes jenayah.

Dia dipindah dari mahkamah sivil seminggu selepas Richard dilantik Ketua Hakim Negara untuk mengganti hakim kes SRC saya.

Richard sempat menjawat selama 9 bulan sahaja sebelum bersara wajib. Lepas itu dia dilantik pengerusi Berjaya Land milik kawan paling rapat Tun Mahathir dan juga berkempen bersama atas pentas dengan Guan Eng di PRN Sabah.

Kedua-dua ini adalah pendedahan yang amat serious. Kenapa pula Kit Siang dan DAP langsung tiada apa-apa komen untuk buku Tommy?



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157678874040952/

Leave a Reply