Sedih membaca berita bahawa restoran Coliseum ikonik di tengah ibu kota yang…

By Sunday June 6th, 2021 No Comments

Sedih membaca berita bahawa restoran Coliseum ikonik di tengah ibu kota yang sangat bersejarah sejak 99 tahun dahulu telah tutup pintu buat selamanya.

Tak sempat meraikan ulang tahun 100 tahun walaupun berjaya mengatasi PKP 1.0 tetapi digagalkan oleh PKP 2.0+PKP 3.0/3.1 + Total Lockdown yang berulang-ulang.

Terfikir-fikir saya berapa banyak lagi restoran dan warung di Malaysia yang sudah, sedang dan akan menghadapi nasib yang sama?

Saya juga terima mesej yang sedang tular bahawa rangkaian restoran PappaRich sedang dalam kesusahan setelah dikenakan tindakan muflis oleh sebuah bank baru-baru ini.

Saya tidak mengetahui lebih mendalam dengan situasi kewangan sebenar kumpulan PappaRich ini tapi pendapat saya ialah ianya tidak betul, tidak adil dan tidak patut bahawa bank-bank Malaysia masih bersungguh-sungguh untuk mufliskan satu persatu pelanggan mereka di tengah Total Lockdown atau PKP – seperti tindakan kerajaan untuk mufliskan saya di tengah saya perlu membayar kos guaman untuk membela diri terhadap kes-kes yang juga didakwa oleh kerajaan ke atas saya.

Dalam tempoh Lockdown dan PKP ini, bank tidak patut membuat satu panggilan pun untuk mengejar payment atau ugut tarik sebuah kereta.

Pelanggan bank tak lari ke mana dalam tempoh ini.

Nak lari keluar negara atau ke negeri lain pun tidak dibenarkan.

Paling jauh nak lari pun ialah ke pusat kuarantin atau hospital.

Harap kerajaan akan arahkan bank untuk lebih berhati perut dalam tempoh ini agar mereka yang terdesak diberi sedikit ruang untuk bernafas.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157935302345952/

Leave a Reply