Sedih dan kecewa membaca berita bahawa pemandu treler yang melanggar dan…

By Thursday March 4th, 2021 No Comments

Sedih dan kecewa membaca berita bahawa pemandu treler yang melanggar dan meruntuhkan sebahagian jejantas dalam pembinaan di Lebuhraya SUKE semalam hingga dua individu maut dan tiga lagi cedera parah dikesan positif dadah.

Sebab itu, saya kurang bersetuju dengan langkah kerajaan PH (yang diteruskan oleh kerajaan PN tahun lepas) untuk tidak lagi menjadikan ketagihan dadah sebagai satu jenayah.

Saya bimbang dengan mesej yang dihantar kepada masyarakat bahawa mencuba dadah tiada akibatnya.

Kerajaan boleh dan patut mengutamakan rawatan dan pemulihan penagih tetapi kerajaan tidak wajar menghantar mesej kepada anak-anak muda kita bahawa penggunaan dadah haram bukan satu kesalahan.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157739849495952/

Leave a Reply