Sebenarnya saya tak kisah sangat jika pinjaman meningkat sekiranya ianya…

By Thursday May 27th, 2021 No Comments

Sebenarnya saya tak kisah sangat jika pinjaman meningkat sekiranya ianya dibelanjakan untuk bantu pada masa Rakyat paling terdesak dalam krisis.

Tapi kita maklum bantuan PKP 1.0 banyak, bantuan PKP 2.0 kurang dan bantuan PKP 3.0/3.1 masih tidak kelihatan.

Tapi lihat kenaikan hutang kerajaan pada suku 1, suku 2 dan suku 3 masa PKP 1.0.

Bandingkannya dengan pinjaman baru diakui semalam.

Semalam, Menteri Kewangan PN mengaku pinjam “hanya” RM99.3b dan bukan dana tambahan RM115.3b seperti dalam senarai saya. Perbezaan itu, dia kata tak kira.

Perincian perbezaannya ada di sini: https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10157913140240952

Malah, rizab tabung KWAN sebanyak RM5b yang dibina masa BN turut dikorek untul elak pinjam lagi.

Sebab itu ianya tanggung jawab saya sebagai Wakil Rakyat dan bekas Menteri Kewangan untuk tanya ke mana perginya dana tambahan hampir RM100b dalam tempoh masa 5 bulan sahaja semasa darurat dilaksanakan dan parlimen digantung.

Dan kenapa ianya tidak digunakan untuk bantu ketika Rakyat menghadapi PKP 2.0 dan PKP 3.0/3.1 atau digunakan untuk buat lockdown ketat seperti PKP 1.0.

Sehingga sukarelawan yang diperlukan dengan segera oleh KKM hari ini untuk bertarung nyawa pada keadaan paling kritikal tidak ditawar satu sen elaun, penginapan, pengangkutan ataupun makanan.

Adakah Rakyat tak perlu dibantu semasa PKP 2.0 dan PKP 3.0/3.1 yang seolah-olah tak terhenti dan berlanjutan?

Persoalan ini masih belum dijawab.

Parlimen dah tutup. Jadi, nak tanya di mana lagi?



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157915040510952/

Leave a Reply