Sebenarnya saya tak ada masalah jika kerajaan pusat teruskan jaminan bagi…

By Tuesday December 1st, 2020 No Comments

Sebenarnya saya tak ada masalah jika kerajaan pusat teruskan jaminan bagi pinjaman RM2 bilion dari bank asing untuk projek LRT Pulau Pinang sebab saya memang gemar dengan projek infrarakyat.

(Untuk projek LRT sahaja ye tapi bukan untuk projek lebuhraya PIL yang kosnya giler mahal sehingga RM9 bilion untuk 19.5km (RM460 juta setiap km) yang banyak menguntungkan syarikat terowong dan juga bukan untuk projek terowong ajaib yang banyak songlap walaupun ketiga-tiganya adalah sebahagian dari projek PTMP RM46 bilion kesayangan Guan Eng.)

Tapi apa yang saya ada masalah ialah pinjaman ini dibuat secara senyap-senyap pada ketika Guan Eng kuat mengutuk dan menghina negeri Kelantan sebab berani minta wang pendauluan sebanyak RM24 juta dan juga pada ketika Sarawak dihina dan dinafikan peruntukan RM1 bilion bagi pemulihan sekolah-sekolah daif yang sudahpun diluluskan secara umum dalam bajet 2018 masa BN.
https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10157519534345952

Dan saya juga ada masalah dengan putar belit Guan Eng bahawa Pulau Pinang cuma ada hutang RM58 juta kepada kerajaan pusat sebab dia langsung tak berani sebut bahawa pada tahun 2011 masa saya PM, kita tukar hutang RM655 juta Pulau Pinang kepada kerajaan pusat kepada bayaran panjakan sebanyak RM14.56 juta setahun untuk 45 years.

Akhirnya Pulau Pinang tetap bayar jumlah yang sama juga tapi tidak lagi dipanggil hutang.

Lalu, Guan Eng pula claim kredit bahawa hutang Pulau Pinang jatuh 97% bawah DAP sebab kononya dia pandai mentadbir dan kerajaan pusat BN tak pandai.

Dia juga lupa bahawa masa itu, kerajaan BN memberi RM1.2 bilion geran percuma kepada kerajaan Pulau Pinang untuk bina empangan Mengkuang pada tahun 2011.

Lalu dia “terlupa” dan sering tuduh kerajaan BN dahulu tak adil pada Pulau Pinang pulak.

(Sebab itu, saya dah faham bahawa ianya tak berbaloi untuk buat baik pada dia. Nanti dia spin balik untuk kenakan kita.)

Kesimpulannya, saya tak bantah kerajaan pusat jamin pinjaman RM2 bilion kepada Pulau Pinang untuk bina LRT tapi kenapa dia mahu sorok perkara ini masa itu dan kenapa neger-negeri lain dalam Malaysia tidak juga diberi jaminan RM2 bilion yang sama untuk projek masing-masing semasa dia Menteri Kewayangan?

Kenapa hanya Pulau Pinang sahaja?

Inilah yang patut dijawab Guan Eng.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157525676505952/

Leave a Reply