Sebelum PRU14, dia kontraktor kepada bekas Menteri Persekutuan yang…

By Friday June 12th, 2020 No Comments

Sebelum PRU14, dia kontraktor kepada bekas Menteri Persekutuan yang kemudiannya menjadi Ketua Menteri Sabah PH PLUS.

Selepas PRU14, kontraktor ini dilantik menjadi Menteri Infrastruktur Sabah oleh Ketua Menteri Sabah.

Semalam kontraktor/Menteri PH PLUS Sabah ini telah didakwa dalam Mahkamah berhubung projek yang diberi masa Ketua Menteri Sabah menjawat sebagai Menteri Persekutuan.

Selepas didakwa, kontraktor/Menteri PH PLUS Sabah ini buat sidang akhbar untuk tuduh pendakwaan dia merupakan satu penindasan ke atas bangsa/agama dia serta ke atas Sabah.

Dia yang didakwa tapi ianya penindasan ke atas bangsa/agama dan Sabah pulak?

Tak apa. Saya dedahkan lagi.

Kerajaan Sabah masa kontraktor ini menjawat Menteri yang jaga jalan telah menganugerahkan projek penyelenggaraan jalan bernilai sebanyak RM1.5 bilion tanpa tender pada awal tahun ini sebelum kerajaan pusat PH tumbang.

Perkara ini telah dipertikaikan oleh UMNO bulan lepas:
https://umno-online.my/2020/05/13/sprm-digesa-siasat-kerajaan-sabah-ghazalie/

Antara yang diberi projek ialah sebuah syarikat bernama AK Kontraktor Sdn Bhd.

Syarikat ini adalah syarikat lama yang ditubuh pada tahun 2001. Namun, tak aktif, mengamali kerugian dan modal berbayar cuma RM1 juta.

Tapi pegangang saham bertukar tangan pada bulan April 2019 di mana seorang pengarah baru bernama Safineh Bin Doto dilantik. Safineh juga menjadi 100% pemilik saham syarikat.

Selepas pengarah baru dilantik bulan April 2019, Syarikat itu telah diberi surat tawaran untuk projek penyelenggaraan jalan bernilai RM325 juta tanpa tender pada bulan November 2019.

Akhirnya kontrak ditandangan pada bulan Februari 2020.

Bulan April, pengarah baru masuk.

Bulan November, ditawar projek kerajaan Sabah RM325 juta tanpa tender di bawah bidang kuasa kontraktor/menteri Sabah.

Bulan Februari, kontrak dimuktamadkan.

Lagi pelik ialah pengarah baru dan pemilik 100% syarikat yang diberi projek RM325 juta di bawah bidang kuasa kontraktor menteri ini juga pengarah sama untuk syarikat yang disyaki pernah diarahkan oleh kontraktor/menteri Sabah ini untuk membayar duit berhubung penipuan dana RISDA kepada syarikat milik kontraktor/menteri sendiri pulak.

“He is accused of committing the offence at the Malayan Banking Berhad branch, Jalan Perpaduan Kampung Air, here, where he allegedly instructed Budiman Juta Sdn Bhd directors SAFINEH DOTO and Ebby Roy Raimon to transfer RM1.75 million from the company’s account into Syarikat Wondrous Enterprise Sdn Bhd.”

11 Jun 2020: Sabah Minister slapped with five money laundering charges
https://www.nst.com.my/news/crime-courts/2020/06/599746/sabah-minister-slapped-five-money-laundering-charges

Satu lagi kebetulan kerajaan PH PLUS kot.

Ataupun ini juga contoh penindasan ke atas bangsa/agama/Sabah?



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157117184040952/

Leave a Reply