Sebelum ini, KKM kata Covid dijangka turun ke dua angka menjelang bulan…

By Sunday May 16th, 2021 No Comments

Sebelum ini, KKM kata Covid dijangka turun ke dua angka menjelang bulan Mei.

Bulan April lepas, Menteri-menteri PN suruh ibubapa jangan risau dengan kluster pendidikan dan sekolah tidak akan ditutup.

PM8 pula jamin tiada lagi PKP menyeluruh.

Tapi tak sampai masa sebulan:
– PKP 3.0 menyeluruh dilaksanakan biarpun Raya
– ribuan orang yang positif Covid terpaksa beratur sampai ke jalan raya tiap-tiap untuk mendapat perhatian dari pusat penilaian tahap kesihatan
– KP Kesihatan mengaku staff KKM sukar mencari katil ICU bagi pesakit
– jumlah pesakit kategori 3 di PKRC MAEPS melepasi kapasiti sebanyak 1,000%
– kita catat rekod tertinggi bagi kematian baru dan pesakit ICU hampir tiap-tiap hari.

Sehingga negara jiran guna Malaysia sebagai contoh untuk memberi amaran kepada warga mereka.

Sehingga KKM terpaksa tutup ruang komen page FB.

Apa sudah terjadi?

Kenapa keadaan boleh bertukar menjadi begitu parah sekali dalam masa yang begitu singkat ini walaupun kerajaan sudah diberi kuasa penuh darurat selama 4 bulan?

Apa akan terjadi sekiranya trend semakin parah ini berterusan untuk sebulan atau dua bulan lagi?

Dan adakah PKP 3.0 akan mengulangi kesilapan demi kesilapan dalam perlaksanaan PKP 2.0 lalu?

Persoalan-persoalan ini perlu dijawab agar ianya tidak akan diulangi pada masa depan sebab ianya melibatkan nyawa dan kesihatan Rakyat serta kesejahteraan negara.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157892921410952/

Leave a Reply