Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Sebelum ini, ada yang tuduh saya sengaja nak hasut rakyat apabila saya... - Najib Razak

Sebelum ini, ada yang tuduh saya sengaja nak hasut rakyat apabila saya…

By Friday January 8th, 2021 No Comments

Sebelum ini, ada yang tuduh saya sengaja nak hasut rakyat apabila saya kritik pengurusan Covid kerajaan sejak beberapa bulan lalu.

Bermula dengan PM8 yang kata situasi Covid adalah terkawal pada bulan Oktober sejurus selepas PRN Sabah biarpun kes baru Covid cecah rekod dengan lebih 300 kes hari itu.

Pandangan saya berbeza masa itu sebab saya tengok arahan kuarantin kendiri 3 hari bagi mereka yang pulang dari Sabah adalah satu kesilapan besar dan membuka jalan bagi Covid merebak ke seluruh semenanjung Malaysia.

Saya berpendapat bahawa langkah lebih tegas pada peringkat awal mampu mencegah keadaan menjadi jauh lebih parah kemudian.

Sebab itu saya suruh larangkan rentas negeri pada peringkat awal supaya KKM boleh lebih fokus untuk membendung Covid di kluster-kluster yang baru tercetus walaupun PM8 kata tiada keperluan sebab keadaan Covid adalah terkawal.

Namun kerajaan tak hirau masa itu dan hanya sekat rentas negeri lebih sebulan kemudian selepas jumlah kes baru sudah cecah 1,000 kes sehari.

Dan saya juga persoalkan persediaan kerajaan untuk mengawal Covid apabila kerajaan tarik balik larangan rentas negeri setelah kes baru cecah 2,000 orang serta terus melonggarkan SOP seperti tidak lagi hadkan jumlah penumpang dalam kereta atau jumlah orang yang duduk semeja di restoran serta melanjutkan masa operasi perniagaan.

Masa itu, saya sifatkannya sebagai satu pengakuan bahawa kerajaan sudah tak mampu lagi untuk mengawal Covid.

Saya juga tanya beberapa kali kenapa kerajaan terus membisu setiap kali keadaan Covid menjadi lebih serious.

Kita mengatasi negara China, kerajaan senyap.

Kita cecah 100,000 kes, kerajaan membisu.

Ini menghantar mesej yang salah kepada Rakyat. Seolah-olah situasi Covid masih terkawal.

Semalam, kes baru kita cecah angka 3,000 dan jumlah kes Malaysia (128,465) hampir melepasi negara Myanmar (128,772) setelah kita mengatasi 11 buah negara lain selepas China 3 minggu lalu.

Tapi kerajaan terus membisu dan saya tengok ramai yang mula tuduh kerajaan sengaja membenarkan Covid bertambah teruk untuk kekalkan kuasa mereka apabila Rakyat tengok ketidakpedulian kerajaan.

Walaupun ada yang kata saya tidak patut mengkritik kerajaan berhubung Covid sebab menteri kesihatan dan menteri pertahanan adalah dari parti UMNO, saya faham bahawa keputusan akhir ada pada MKN.

Saya kritik sebab saya mengikut rapat situasi Covid setiap hari.

Dan melihat situasi Covid yang bertambah, saya bimbang sistem kesihatan kita akan lumpuh dan negara tidak mampu lagi untuk menjaga Rakyat yang jatuh sakit.

Akhirnya kebimbangan saya menjadi realiti apabila KKM kata situasi Covid sudah kritikal dan kapasitinya telah dilepasi.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157606804770952/

Leave a Reply