News_archive

Sebanyak 20 Klinik 1Malaysia Akan Ditambah Tahun Ini – Liow

By Friday April 27th, 2012 No Comments

KULIM, 27 April (Bernama) — Kementerian Kesihatan bercadang menambah sebanyak 20 lagi Klinik 1Malaysia pada tahun ini bagi memenuhi keperluan rakyat di seluruh negara di samping mengurangkan kesesakan di hospital.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata cadangan penambahan klinik itu secara dasarnya dipersetujui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kementerian kini menunggu kelulusan rasmi mengenainya.

“Pada awalnya Perdana Menteri meluluskan penambahan 50 Klinik 1Malaysia bagi tahun ini tetapi kementerian memohon 20 buah lagi kerana terdapat banyak permintaan daripada Anggota Parlimen dan rakyat.

“Setakat ini di seluruh negara sudah ada 100 Klinik 1Malaysia yang sehingga kini telah memberi manfaat kepada lebih empat juta rakyat yang memerlukan pemeriksaan kesihatan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Klinik 1Malaysia Taman Kota Kenari di sini pada Jumaat.

Beliau berkata penambahan 50 Klinik 1Malaysia membabitkan peruntukan sebanyak RM10 juta, manakala bagi 20 klinik itu ialah RM7.2 juta.

Sumber : Bernama

Leave a Reply