Sebak rasa hati sewaktu melawat Mek Nab binti Awang di rumahnya di Bachok…

By Sunday March 12th, 2017 No Comments

Sebak rasa hati sewaktu melawat Mek Nab binti Awang di rumahnya di Bachok pagi tadi. Beliau yang lumpuh dijaga anaknya Asanah Osman yang cacat penglihatan.

Bila difikir kembali, ada anak hari ini yang tidak ingin menjaga ibu bapanya yang sudah tua, padahal mereka mampu buat demikian. Insya-Allah, kita akan bantu Mek Nab dan Asanah, bina balik rumah beliau yang kini usang dan beri peralatan keperluan harian, semoga dapat beri keselesaan kepada mereka. Saya doakan juga agar mereka sentiasa dilindungi dan diberkati Allah SWT.



Original post: https://www.facebook.com/najibrazak/photos/a.294787430951/10154256228180952/?type=3

Leave a Reply