Sebahagian daripada agenda lawatan kerja saya ke Arab Saudi baru-baru ini…

By Saturday March 5th, 2016 No Comments

Sebahagian daripada agenda lawatan kerja saya ke Arab Saudi baru-baru ini adalah untuk melawat anggota-anggota Angkatan Tentera Malaysia yang sedang mengambil bahagian dalam latihan ketenteraan North Thunder di Hafar Al Batin.

Malaysia adalah sebahagian daripada Pakatan Tentera Islam yang telah dibentuk oleh Arab Saudi bersama penyertaan 34 negara.

Ini memberikan isyarat jelas bahawa kestabilan, keselamatan dan kedudukan Arab Saudi dalam dunia Islam adalah sangat penting bagi Malaysia dan negara-negara Islam yang lain. Arab Saudi tidak bersendirian dalam menghadapi sebarang ancaman.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10153348443150952/

Leave a Reply