Sebahagian besar vaksin diberi sejak 2 minggu lepas sejak mereka mula…

By Tuesday June 22nd, 2021 No Comments

Sebahagian besar vaksin diberi sejak 2 minggu lepas sejak mereka mula melibatkan diri dalam Program Imunisasi adalah melalui hospital dan klinik swasta.

Itupun dengan hanya 700 klinik daripada lebih 7,000 klinik seluruh negara.

Sekaligus membuktikan strategi melibatkan pihak swasta adalah lebih efisyen dan efektif disamping lebih memudahkan Rakyat berbanding kerajaan hanya membina pusat vaksinasi mega PPV yang sesak.

Rakyat lebih selesa dan lebih mengetahui tentang lokasi klinik swasta terdekat berbanding lokasi PPV.

Bayangkan apakah kapasiti maksima bagi pemberian vaksin sekiranya seluruh separuh dari lebih 7,000 klinik swasta terlibat dan bukan hanya 700 buah sahaja?

Sekali lagi, saya sarankan untuk naikkan kadar RM14 setiap dos yang kini dibayar kerajaan kepada doktor swasta sekiranya ini adalah halangan kepada penglibatan lebih banyak klinik swasta.

Selain itu, usaha mewujudkan lagi unit vaksinasi bergerak untuk membawa vaksin lebih dekat kepada masyarakat juga turut dipertingkatkan sebab ini adalah satu usaha baik untuk lebih memudahkan Rakyat terutamanya mereka yang kurang upaya atas pelbagai sebab untuk bergerak ke pusat vaksinasi.

Semoga sukses!



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157967512385952/

Leave a Reply