Saya turut tak senang melihat komen-komen netizen yang mengkritik seorang…

By Saturday February 20th, 2021 No Comments

Saya turut tak senang melihat komen-komen netizen yang mengkritik seorang guru perempuan setelah satu klip video DidikTV segmen sains menjadi tular.

Jika penggunaan Bahasa Inggeris dalam segmen tersebut kurang baik, ianya tugas tuan pengarah dan penerbit untuk perbetulkan.

Tak ada siapa yang semak sebelum dibenar untuk disiarkan dalam kaca TV ke?

Sebab itu, harap Rakyat akan henti mengkritik cikgu tersebut.

Penyelesaian bagi kritikan Rakyat ke atas pembukaan sekolah pada 1 Mac sedangkan PKP hanya berakhir pada 4 Mac juga adalah amat mudah sekali:

a) Sekolah buka semula pada 5 Mac (4 hari kemudian) iaitu selepas PKP berakhir pada 4 Mac;

atau;

b) Sekolah buka semula pada 1 Mac tapi PKP diumum berakhir pada 28 Feb.

Kenapa kerajaan PN sengaja nak undang kemarahan dan kritikan Rakyat hanya atas perbezaan 4 hari sahaja?



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157714521575952/

Leave a Reply