Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Saya tulis tentang ramai yang sedang lemas dalam PKP tak habis-habis ini,... - Najib Razak

Saya tulis tentang ramai yang sedang lemas dalam PKP tak habis-habis ini,…

By Monday June 28th, 2021 No Comments

Saya tulis tentang ramai yang sedang lemas dalam PKP tak habis-habis ini, JKOM tak peduli.

Saya post tentang kadar kebolehjangkitan dan kadar positif yang terus menaik walaupun kia sudah laksanakan PKP 3.0 selama 48 hari, Jkom tak mahu ambil tahu.

Saya muat naik hantaran bahawa kerajaan PN sedang melawan titah Raja-Raja Pemerintah, Jkom buat tak nampak.

Saya komen tentang ada keraguan tentang pelanggaran perlembagaan persekutuan yang tetapkan parlimen perlu bersidang semula selepas tempoh maksima 6 bulan, Jkom tak kisah.

Yang JKOM pentingkan saja ialah kes mahkamah Najib bersambung esok. Lalu suruh Najib jangan jawab “tak tahu”.

Ya, perbicaraan dijadual bersambung esok (jika tidak ditangguh lagi oleh Total Lockdown yang telah dilanjut semalam) dengan sambungan pemeriksaan balas saksi pendawaan iaitu bekas CEO 1MDB.

Bukan Najib yang kena soal esok pun. Jadi, saya nak jawab apa?

Pada sesi perbicaraan lepas sebelum ditangguh oleh Total Lockdown, bekas CEO memberitahu mahkamah bahawa dia tak sedar dana bernilai ratusan juta Ringgit telah dipindah keluar dari akaun-akaun milik 1MDB semasa dia menjawat sebagai CEO.

(Pelik kenapa media arus perdana termasuk TV3 tak lapor pendedahan ini pula. Dana ratusan juta dipindah keluar ke luar negara tanpa pengetahuan tak penting ke?)

“Semasa pemeriksaan balas Aizuddin dalam perbicaraan 1MDB hari ini, Hazem memberi keterangan bahawa dia sebagai Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB ketika itu tidak tahu mengenai pemindahan (ratusan) berjuta-juta ringgit yang dikatakan dari 1MDB-GIL kepada kedua-dua entiti itu.”
https://www.malaysiakini.com/news/575262

Tapi yang saya amat hairan pula ialah kenapa JKOM teruskan propaganda fitnah PH bahawa Najib selalu jawab “tak tahu” dalam perbicaraan?

Sedangkan pendakwa raya sudah jelaskan bahawa Najib jawab dengan baik dan professional semasa disoal?

Tak percaya?

Tonton klip video sidang media pendakwa raya.
https://www.facebook.com/100026268600983/videos/569229777295971/



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157979381680952/

Leave a Reply