News_archive

'Saya tidak terfikir lagi'

By Thursday April 23rd, 2009 No Comments

PUTRAJAYA 22 April – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau belum memikirkan saf baru melibatkan rombakan jawatan utama parti termasuk pengerusi perhubungan negeri yang dijangka diumumkan oleh Majlis Tertinggi (MT) Jumaat ini.

”Saya tidak terfikir lagi, balik dari Indonesia baru fikir,” kata Presiden UMNO itu.

Perdana Menteri berkata demikian pada sidang akhbar mengumumkan liberalisasi dalam sektor perkhidmatan di pejabatnya di sini hari ini.

Najib ditanya mengenai kemungkinan terdapat perubahan besar yang akan diumumkan beliau melibatkan pengerusi-pengerusi badan perhubungan UMNO negeri.

Turut dijangka terlibat ialah jawatan Ketua Penerangan, Setiausaha Agung dan Setiausaha Kerja serta Bendahari yang baru untuk parti.

Sumber : Utusan

Leave a Reply