Saya tidak lupa mereka yang setia bersama UMNO. Ketika susah dan senang,…

By Saturday March 6th, 2021 No Comments

Saya tidak lupa mereka yang setia bersama UMNO.

Ketika susah dan senang, mereka tetap bersama parti.

Bila diperlukan, mereka di sisi.

Saudara Hassan Awang dahulunya Ketua UMNO Cawangan Peramu Jaya 2.

Amat aktif di peringkat akar umbi dan masyarakat setempat.

Kini sudah berumur dan menghadapi beberapa isu dari segi kesihatan dan keperluan kebajikan.

Kita cuba bantu, membalas jasa dan sumbangannya.

Saudara Hassan kata tak dapat tidur lepas dapat tahu berpeluang berjumpa saya, amat gembira.

Terima kasih kerana sudi menerima kunjungan saya dan bantuan yang tidak seberapa.

Semoga sentiasa dilindungi Allah SWT dan dipermudahkan segala urusan.

Insya-Allah.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157744295715952/

Leave a Reply