Saya tidak lupa jasa dan pengorbanan mereka. Berkorban masa dan tenaga…

By Thursday May 13th, 2021 No Comments

Saya tidak lupa jasa dan pengorbanan mereka.

Berkorban masa dan tenaga sepenuhnya.

Panas atau hujan tetap ada, walau apa jua keadaan.

Ada yang sampai setahun lebih tak jumpa keluarga, tak balik kampung.

Pada hari yang mulia ini, mereka tetap menjalankan tugas yang diamanahkan.

Tidak dapat bersama keluarga tercinta.

Kepada semua anggota keselamatan, anggota beruniform dan anggota sektor perubatan di seluruh Malaysia. (Jika ada kenalan, tolong saya sampaikan mesej dan salam saya kepada mereka)

Ribuan terima kasih kerana terus menjaga keselamatan negara dan menjaga kesejahteraan rakyat, lebih-lebih lagi sewaktu perayaan seperti Hari Raya ini dengan PKP.

Saya berharap saudara-saudari semua banyak bersabar dan kekal bersama mereka, frontliners kita.

Jika berkesempatan bertemu mereka frontliners kita, sampaikan salam Hari Raya dan berikan kata-kata semangat.

Mereka juga manusia. Mereka juga ada keluarga. Mereka menjalankan tugas sebaik-baiknya.

Demi kita rakyat Malaysia.

Hanya Allah dapat membalas budi jasa saudara-saudari frontliners sekalian.

Selamat Hari Raya kepada saudara-saudari dan keluarga.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157886157965952/

Leave a Reply