Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Saya tersentuh melihat penderitaan yang dialami oleh adik Sofea Qaisara yang... - Najib Razak

Saya tersentuh melihat penderitaan yang dialami oleh adik Sofea Qaisara yang…

By Thursday June 22nd, 2017 No Comments

Saya tersentuh melihat penderitaan yang dialami oleh adik Sofea Qaisara yang menghidap penyakit Microcephaly, masalah penglihatan dan Dandy Walker Syndrom. Ketabahan dan kecekalan seorang ibu tunggal membesarkan adik Sofea seharusnya menjadi inspirasi kepada kita semua.

Saya telah melihat sendiri keadaan adik Sofea bersama ibu dan kakaknya yang tinggal di sebuah bilik kecil yang sempit dengan persekitaran yang tidak memuaskan. Justeru dengan itu saya mengambil keputusan untuk memberikan bantuan perumahan supaya mereka boleh menjalani hidup dengan lebih sempurna.

Saya harap bantuan ini dapat mengurangkan beban yang ditanggung oleh Puan Ummi Kalthom dan Insya-Allah mereka sekeluarga akan mendapat peluang untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan kemudahan dan keselesaan.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10154542920695952/

Leave a Reply