Saya terima beberapa mesej dari doktor-doktor, nurse dan frontliner hospital…

By Wednesday May 26th, 2021 No Comments

Saya terima beberapa mesej dari doktor-doktor, nurse dan frontliner hospital sejak dua tiga minggu lepas.

Semua mengadu keletihan, kapasiti hospital sudah lama cecah dan tuntut saya tekan kerajaan lagi untuk buat full lockdown serta-merta untuk beri impak paling maksima bagi meredakan keadaan tersangat kritikal ini.

Kenapa kerajaan tak kesian dengan doktor, nurse dan frontliners?

Apa akan terjadi jika bahagian besar mereka rebah?

Mereka juga manusia -bukan robot.

Hari ini kita cecah rekod kes baharu: 7,478

Kita cecah rekod kematian baharu tertinggi: 63 (392 nyawa terkorban dalam tempoh 7 hari lepas)

Kes aktif cecah rekod: 66,208 pesakit

Jumlah pesakit serius/kritikal dalam ICU cecah rekod: 756

Kerajaan nampak ini tak?



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157913017060952/

Leave a Reply