Saya terbaca propaganda geng pro-PH yang tuduh kekurangan pelaburan asing ke…

By Wednesday December 30th, 2020 No Comments

Saya terbaca propaganda geng pro-PH yang tuduh kekurangan pelaburan asing ke Malaysia berbanding negara-negara ASEAN sejak PRU14 berpunca dari Najib. Kononnya sebab kerajaan BN bawah Najib rasuah dan pelabur tak mahu melabur di Malaysia.

Sebenarnya, tengok statistik rasmi pelaburan langsung asing dengan pelaburan asing portfolio saham serta indeks Bursa Malaysia pun dah tahu bahawa pelaburan asing masa BN jauh lebih mantap berbanding masa gagalkrasi PH.

Tapi tak apa, kita tinjau lagi.

Pada tahun 2017 syarikat-syarikat Geely, Aramco dan Alibaba umumkan pelaburan besar di Malaysia.

Selain itu, syarikat-syarikat lain seperti CCCC, Prudential dan HSBC juga umumkan Malaysia menjadi hab rantau ASEAN bagi mereka.

Pada tahun 2016, saya ke China dan kita tandatangan MOU untuk pelaburan bernilai RM144 bilion.
https://www.thestar.com.my/business/business-news/2016/11/01/malaysian-and-chinese-firms-sign-14-agreements-worth-rm144bil/

Pada tahun 2017, saya ke India dan kita tandatangan MOU untuk pelaburan bernilai US$36 bilion (RM150 bilion)
https://www.nst.com.my/news/2017/04/226850/msia-india-sign-31-mous-worth-us36-billion

Pada tahun 2017, saya ke China lagi dan kita tandatangan lagi pelaburan sebanyak RM31 bilion.
https://www.thesundaily.my/archive/mous-rm31b-investments-signed-china-DTARCH445433

Pada tahun 2017, Raja Saudi melawat Malaysia untuk umum pelaburan bernilai US$7 bilion (RM39 bilion).
https://www.straitstimes.com/asia/se-asia/saudi-investment-a-confidence-vote-in-malaysia-najib

Perlu tanya geng PH, apa pelaburan asing yang mereka pernah lancarkan atau umum dalam tempoh 22 gagalkrasi mereka?

Negara mana yang mereka lawat dan apa pelaburan baru yang PH umum akan di bawa masuk ke Malaysia?

Cuba fikir kuat-kuat. Beritahu kita.

Yang sedia maklum ialah Mahathir pernah melawat Jepun 5 kali sejak dia jadi PM7 dan di bawa balik ialah pinjaman bon samurai RM8 bilion.

Lalu dia nak bawa balik satu lagi pinjaman bon Samurai kedua.
“Ogos 2019: Malaysia kaji satu lagi tawaran bon Samurai”
https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2019/08/600179/malaysia-kaji-satu-lagi-tawaran-bon-samurai

Eh geng PH.

Jika nak tuduh Najib macam-macam, perlulah guna sikit fakta – bukan sekadar air liur sahaja.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157586668880952/

Leave a Reply