Saya tengok ramai (termasuk pemimpin UMNO tertentu) yang sengaja putar belit…

By Friday January 8th, 2021 No Comments

Saya tengok ramai (termasuk pemimpin UMNO tertentu) yang sengaja putar belit video ini untuk fitnah SUA UMNO bahawa antara sebab kenapa UMNO tak puas hati dengan kerajaan PN ialah kes-kes pemimpin UMNO tidak ditarik balik.

Cuba tonton video Ahmad Maslan ini sepenuhnya dan dengar betul-betul apa yang dia cakap.

Dia kata ketidakadilan perundangan dan salahguna kuasa kerajaan semasa gagalkrasi PH bawah Mahathir tidak diperbetulkan oleh kerajaan PN.

Dia tidak merujuk kes-kes saya atau mana-mana kes pemimpin UMNO tapi merujuk secara spesifik kepada 121 kes lucut hak serta kompaun melibatkan 41 pihak yang disita dan 80 orang yang dikompaun.

Kesemua melibatkan wang yang dibayar oleh saya sebelum PRU14.

Kena tanya kenapa 80 pihak dikenakan notis sitaan dan 41 lagi didakwa dan dikompaun sehingga berpuluh kali ganda jumlah wang yang dibayar saya sedangkan ianya melibatkan isu yang sama iaitu menerima bayaran dari saya.

Adakah ianya adil untuk sebahagian dikenakan sitaan sahaja dan ada pula yang didakwa AMLA dengan kompaun yang besar?

Setelah kerajaan berkali-kali kalah dalam kes sitaan AMLA melibatkan 121 penerima tersebut, ianya memang menjadi kenyataan bahawa hanya menerima bayaran dari saya bertahun-tahun lalu bukanlah jenayah sebab penerima tidak akan tahu mana datangnya sumber dana tersebut.

Sengaja mereka disusahkan sebab kerajaan PH nak teruskan propaganda untuk mengenakan saya.

Bukan itu saja.

Mas Ermieyati dan Tok Pa juga menerima bayaran dari saya tetapi mereka tidak dikenakan tindakan selepas mereka lompat tapi Ahmad Maslan dan Shahrir Samad pula didakwa dalam mahkamah.

“SPRM nafi berat sebelah, sengaja gugur Mas Ermieyati daripada senarai penerima dana 1MDB”
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/10/10/sprm-nafi-berat-sebelah-sengaja-gugur-mas-ermieyati-daripada-senarai-penerima-dana-1mdb/

“Tok Pa disiasat polis sebelum keluar Umno, kata Annuar Musa”
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/09/20/tok-pa-disiasat-polis-sebelum-keluar-umno-kata-annuar-musa/

Mas Ermieyati dan Tok Pa menerima dana politik dari saya tapi mereka tidak diambil tindakan setelah lompat keluar UMNO dan dilantik menjadi menteri penuh pula.

Ahmad Maslan dan Shahrir Samad juga menerima dana politik dari saya dan mereka pula diambil tindakan mahkamah sebab kekal dengan UMNO dan menjadi orang kena tuduh dalam mahkamah pula.

Adakah ini adil? Patutkah Ahmad Maslan membisu sahaja dan tidak mengadu?

Ianya memang adalah kenyataan bahawa kerajaan PH telah salahgunakan kuasa kerajaan untuk kenakan pemimpin-pemimpin UMNO.

1. Peguam Guan Eng dilantik dari pihak swasta untuk menjadi peguam negara.
2. Pemimpin PH dilantik menjadi boss SPRM.
3. Penyokong tegar Warisan dilantik Ketua Hakim Negara dan berkempen kuat dengan Guan Eng atas pentas ceramah untuk PH.

Nak nafikan tiada salahguna dan manipulasi sistem perundangan Malaysia lagi? Cuba tengok apa akan terjadi jika ketiga-tiga lantikan ini berlaku di negara lain dalam dunia?

Akibatnya:
1. Rata-rata kes-kes melibatkan pemimpin PH digugurkan atau ditarik balik seperti kes banglo Guan Eng, laporan polis RCI BNM Forex, kes LTTE melibatkan wakil-wakil rakyat DAP dan banyak lagi..

2. Kes-kes lain tidak pula didakwa seperti komik propaganda komunis DAP, kes hotel Sandakan, kes Zahid Mat Arip kirim salam dan terima duit dalam kes FELDA investment, kes rasuah air Sabah Shafie Apdal dan lain-lain.

3. Dalam kes melibatkan pemimpin UMNO pula, ada pegawai yang telah mengaku dalam mahkamah bahawa mereka menerima rasuah dan ada juga mengaku ada pemalsuan surat arahan bank tapi kesemuanya tidak didakwa atau dakwaan ditarik balik dan dijadikan saksi untuk mengenakan kita pula.

Namun tiada satu kes tersebut didakwa atau didakwa semula. Kenapa ketidakadilan ini tidak diperbetukan selepas kerajaan PN ambil alih.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157606977925952/

Leave a Reply