Saya tengok balik gambar-gambar lama. Sambutan Tahun Baru Cina. Ada yang…

By Friday February 12th, 2021 No Comments

Saya tengok balik gambar-gambar lama.

Sambutan Tahun Baru Cina.

Ada yang saya bersama warga emas masyarakat Cina.

Terlintas di fikiran saya.

Ramai yang tidak dapat pulang ke kampung meraikan dengan ibu bapa, saudara mara.

Ya saya faham. Kebanyakan kita kerja di rantau lain, di ibu kota.

Terpaksa tinggalkan keluarga di Sabah, Sarawak misalnya.

Amat sedih juga memikirkan ada yang keseorangan dan kesunyian di kampung bagi perayaan.

Ada yang sudah berpisah dengan keluarga sejak Covid-19 melanda, untuk urusan rasmi dan kerja misalnya frontliners kesihatan dan keselamatan.

Gunakanlah teknologi sebaiknya.

Cuba luangkan masa lebih sikit berbual dengan mereka guna video call.

Kadang kala, walaupun tiada di sisi, dengar suara dan lihat wajah pun dah cukup buat orang tua di kampung.

Ubatlah rindu di hati.

Jika kita lihat jiran kita keseorangan atau kesunyian, ucapkan selamat tahun baru dan raikanlah bersama.

Bantulah mereka yang memerlukan juga.

Kita orang Malaysia. Kita 1Malaysia.

Semangat kebersamaan tetap ada dalam diri kita semua.

Selamat menyambut Tahun Baru Cina.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157695641960952/

Leave a Reply