Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Saya tengok ada komen-komen penyokong PH dalam posting yang saya kongsikan... - Najib Razak

Saya tengok ada komen-komen penyokong PH dalam posting yang saya kongsikan…

By Friday June 5th, 2020 No Comments

Saya tengok ada komen-komen penyokong PH dalam posting yang saya kongsikan semalam yang kurang percaya bahawa kerajaan BN masa saya PM telah menyelesaikan masalah perjanjian pembelian penjana elektrik bebas berat sebelah dengan pertolongan 1MDB yang membeli beberapa IPP sedia ada dan menceburi diri dalam industri tersebut pada tahun 2011 dan 2012.

Semalam, saya kongiskan semula posting dahulu dan sekali lagi suruh PH nafi atau sangkal “dosa-dosa” 1MDB.

Antaranya ialah “dosa” menyelesaikan masalah IPP yang merugikan negara ratusan bilion Ringgit:
https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10157094310120952

Namun PH masih membisu tapi ada penyokong PH yang suruh saya berikan bukti.

Baik-lah. Saya beri bukti tambahan walaupun saya dah jelaskan beberapa kali sebelum ini:
https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10155694068535952

Sejak PM4 mewujudkan industri penjanaan elektrik bebas (IPP) dengan perjanjian berat sebelah, Petronas telah memberi subsidi sebanyak RM164.1 bilion kepada IPP-IPP kesayangan PM4 sejak tahun 1997.

Pada tahun 2008 sebelum saya jadi Perdana Menteri, harga gas bersubsidi yang diberi kepada IPP adalah sebanyak RM6.40 setiap MMBtu walaupun harga pasaran adalan setinggi RM30 setiap MMBtu.

Subsidi melampau Petronas ini diperlukan masa itu kerana Petronas perlu membeli elektrik dengan kadar yang tinggi daripada IPP akibat perjanjian-perjanjian berat sebelah yang menjamin pulangan tinggi kepada IPP yang diberi PM4.

Selepas 1MDB ambil alih banyak IPP dan jadi syarikat IPP kedua terbesar di Malaysia, ini membolehkan kerajaan untuk mengadakan tender terbuka buat kali pertamanya dalam sejarah pada bulan September 2012 untuk perjanjian IPP.

Dengan kuasa pasaran yang kini ada pada 1MDB dan dengan lanjutan kerajaan, 1MDB adalah pembida terendah untuk setiap bidaan PPA baru atau pembaharuan yang dimasukinya. Ini beri kesan untuk memaksa pembida lain untuk turut menurunkan harga dan jaminan pulangan mereka juga – sekaligus menghapuskan isu legasi perjanjian berat sebelah.

Masa itu, penganalisa mengeluarkan kenyataan bahawa “Sweetheart deals are over’ untuk IPP.

Akibatnya, Petronas bebas untuk menaikan harga gas subsidi kepada IPP dari RM6.40 setiap MMBTu menjadi RM28 setiap MMBTu hari ini tanpa menjejaskan harga elektrik yang TNB perlu bayar kepada IPP dan sekaligus tidak menyumbang kepada kenaikan tarif melampau.

Pada masa yang sama, TNB tidak lagi mengalami kerugian dan keuntungan mereka naik setiap tahun walaupun harga gas dari Petronas meningkat.

Harga saham TNB di mana pemegang saham utama adalah tabung-tabung rakyat seperti ASB, KWSP, KWAP dan Tabung Haji pun naik 3 kali ganda dari RM5 pada tahun 2012 menjadi setinggi RM16 masa saya PM.

Jumlah subsidi yang diberi oleh Petronas kepada IPP adalah RM15.6 bilion untuk tahun 2012.

Jumlah subsidi terus jatuh setiap tahun menjadi RM3.6 bilion pada tahun 2017 dan 2018 dan dijangka menurun lagi.

Yang masih tidak percaya boleh tengok sendiri jumlah subsidi gas Petronas kepada IPP dalam laporan-laporan tahunan Petronas:

Tahun 2009 dan 2010 (page 17)
https://www.petronas.com/sites/default/files/2018-08/petronas-annual-report-2010.pdf

Tahun 2011 dan 2012 (page 39)
https://www.petronas.com/sites/default/files/2018-08/petronas-annual-report-2012.pdf

Tahun 2013 dan 2014 (page 49)
https://www.petronas.com/sites/default/files/2018-08/petronas-annual-report-2014.pdf

2015 dan 2016 (page 28)
https://www.petronas.com/sites/default/files/2018-07/petronas-annual-report-2016.pdf

2017 dan 2018 (page 47)
https://www.petronas.com/sites/default/files/downloads/PETRONAS%20Annual%20Report%202018.pdf

Saya dah beri bukti. Apa lagi bukti yang PH mahu?

Kenapa mereka masih membisu tentang langkah (atau “dosa”) 1MDB ini?

Oleh kerana langkah kita ini, Petronas akan jimat lebih RM10 bilion setiap tahun dan akan jimat ratusan bilion untuk 20 tahun yang akan datang.

IPP-IPP pula hilang keuntungan tambahan berbilion-bilion setiap tahun.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157097800980952/

Leave a Reply