Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Saya telah menghadap Yang Dipertuan Agong pagi tadi dan baginda telah... - Najib Razak

Saya telah menghadap Yang Dipertuan Agong pagi tadi dan baginda telah…

By Wednesday April 3rd, 2013 No Comments

Saya telah menghadap Yang Dipertuan Agong pagi tadi dan baginda telah memberi perkenan supaya Parlimen dibubarkan berkuatkuasa hari ini. Dengan itu, saya juga menasihatkan Menteri Besar dan Ketua Menteri menghadap Ketua-Ketua Negeri masing-masing bagi mendapat perkenan supaya Dewan Undangan Negeri dibubarkan agar pilihan raya umum dapat dilakukan serentak di seluruh negara.

Sepanjang tempoh empat tahun ini, kita telah membina asas untuk sebuah negara yang lebih baik dengan ekonomi yang lebih kukuh dan transformasi kerajaan. Telah banyak yang kita capai, namun tanggungjawab kita masih belum berakhir. Dengan itu, saya meminta agar rakyat Malaysia terus memberi peluang kepada saya untuk menyempurnakan tanggungjawab ini.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10151333919055952/

Leave a Reply