Saya telah mengarahkan Ketua Polis Negara untuk mengambil tindakan bagi…

By Monday July 13th, 2015 No Comments

Saya telah mengarahkan Ketua Polis Negara untuk mengambil tindakan bagi membendung kejadian seperti yang berlaku di Plaza Low Yat semalam daripada berlaku semula.

Perkara ini perlu dilihat sebagai jenayah dan bukannya masalah perkauman. Kes ini perlu diserahkan kepada polis dan tindakan akan diambil terhadap mereka yang melanggar undang-undang.

Terdapat juga tindakan tidak bertanggungjawab di media sosial yang menghangatkan isu ini dengan perspektif yang tidak tepat. Saya lihat ada gambar-gambar yang tiada kaitan dengan kes ini pun dimuatkan di media sosial.

Kita perlu elakkan mob psychology dan periksa dahulu fakta-fakta.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10152886219275952/

Leave a Reply