Saya telah melancarkan Manifesto Barisan Nasional Selangor semalam, yang…

By Thursday April 18th, 2013 No Comments

Saya telah melancarkan Manifesto Barisan Nasional Selangor semalam, yang dianggap sebagai Aku Janji kami kepada rakyat di negeri Selangor. Dalam manifesto itu, ia mengandungi tujuh teras iaitu masa depan lebih cerah, masyarakat lebih prihatin, kualiti kehidupan lebih selamat dan sejahtera, perumahan mampu milik, menjadikan Selangor lebih inovatif, Selangor lebih progresif serta Selangor yang lebih mesra alam. Ia adalah komitmen kami di BN kepada rakyat Selangor untuk lima tahun akan datang sekiranya diberi mandat untuk mentadbir Kerajaan negeri Selangor. Saya harap rakyat Selangor dapat memberi sokongan kepada kami pada pilihan raya umum ke-13 akan datang agar kita dapat sama-sama memastikan kemajuan di negeri Selangor yang kita cintai ini terus berkekalan.



Original post: https://www.facebook.com/najibrazak/photos/a.294787430951/10151354205635952/?type=3

Leave a Reply