Saya tak faham kenapa geng sebelah sana asyik tuduh saya tak pernah ulas…

By Sunday December 6th, 2020 No Comments

Saya tak faham kenapa geng sebelah sana asyik tuduh saya tak pernah ulas tentang isu pencerobohan tanah kerajaan Pahang untuk ladang durian.

Padahal saya adalah antara orang pertama yang naikkan isu ini apabila saya tengok posting-posting hasutan yang dikongsi Superman Hew Kuan Yau pada 24 Ogos 2020, iaitu jauh sebelum isu ini diketahui orang ramai.
https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10157307423695952

Dan saya juga individu yang dedahkan wakil kumpulan pemilik ladang durian itu adalah orang DAP pada 4 Sept 2020.
https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10157332779860952

Sehingga wakil tersebut mengaku dia memang orang DAP. Lalu dia tegur saya dan suruh saya jangan politikkan isu ini pulak.

Sekarang isu pencerobohan tanah ini sudah di mahkamah. Kita tunggu sahaja keputusan mahkamah.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157536539725952/

Leave a Reply