Saya tahu ramai calon SPM, SMV dan STAM resah dengan norma baharu ini….

By Sunday February 21st, 2021 No Comments

Saya tahu ramai calon SPM, SMV dan STAM resah dengan norma baharu ini.

Anak-anak kita ini bakal menduduki peperiksaan esok.

Yakinlah pada diri sendiri dan tabahkanlah diri. Kamu sebenarnya sebahagian dari sejarah. Tak pernah lagi berlaku sepanjang hidup kita dan ia memberi kesan kepada semua.

Kepada semua calon SPM, SMV dan STAM, semoga dipermudahkan urusan anda semua dan dapat melakukan yang terbaik.

Saya yakin anda semua anak anak yang baik dan sentiasa mahukan kecemerlangan dalam hidup. Buatlah dengan tenang nanti.

Jika kita ada jiran tetangga, mahupun saudara mara yang bakal menduduki peperiksaan ini, ucapkanlah kata-kata semangat pada mereka.

Kepada ibubapa, jangan henti berdoa untuk anak anak. Saya akan sentiasa doakan agar mereka diberikan keputusan cemerlang.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157717550500952/

Leave a Reply