Saya simpulkan isu pengeluaran akaun 1 KWSP. 1. Kerajaan serta KWSP ada…

By Monday November 2nd, 2020 No Comments

Saya simpulkan isu pengeluaran akaun 1 KWSP.

1. Kerajaan serta KWSP ada ruang aliran tunai untuk benarkan pengeluaran sehingga RM10k dari akaun 1 untuk pencarum paling terdesak.

Ini wang milik Rakyat dan KWSP ditubuhkan untuk menjaga Rakyat.

Sebab itu, Rakyat ada hak untuk gunakan sebahagian wang ini pada masa mereka paling terdesak.

2. Wang yang dikeluarkan pada masa terdesak ini boleh dipulihkan pada masa depan bila krisis Covid berlalu dan ekonomi bertambah baik.

Tiada siapa yang kata wang yang dikeluarkan hari ini pada masa kadar dividen KWSP tak dijangka tinggi tidak boleh dimasukkan kembali setahun atau dua tahun kemudian.

3. Dua cara untuk pulihkan simpanan pencarum termasuk:
– menaikkan semula kadar caruman KWSP majikan dan ahli yang telah diturunkan pada awal tahun ini.
– kerajaan memberi projek-projek lumayan kepada KWSP untuk menjana lebih keuntungan.

4. Jika dibenarkan, wang yang dikeluarkan pada masa ini akan merancakkan kitaran wang ekonomi tempatan pada ketika ekonomi lembab akibat Covid. Akhirnya balik kepada kerajaan melalui pelbagai cukai juga.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157463070610952/

Leave a Reply