Saya saran kerajaan Malaysia lakukan tapi kerajaan Hong Kong buat…

By Monday December 21st, 2020 No Comments

Saya saran kerajaan Malaysia lakukan tapi kerajaan Hong Kong buat pulak.

Semalam, saya saran kerajaan PN untuk larangkan pelawat dari UK atau menaikkan semula tempoh kuarantin bagi pelawat dari negara-negara Eropah dari 10 hari ke 14 hari yang telah diturunkan minggu lepas.

Pada saya, beza empat hari saja bagi pelawat dari Eropah yang mampu menampung kos kuarantin tidak memberi kesan ekonomi yang signifikan bagi negara tetapi ianya lebih selamat kerana kerajaan pernah beritahu kita bulan lepas bahawa 7% kes positif Covid hanya dikesan pada hari ke-13 kuarantin.

Tapi petang tadi, kerajaan Malaysia kata mereka hanya akan pantau keadaan di UK buat masa kini. Pelawat UK tidak dilarang dan tempoh kuarantin tetap 10 hari.

“21 Dis 2020: Mutasi baharu: KKM pantau rapi individu kembali dari UK” https://youtu.be/NpuP8E-uny8

Namun, kerajaan Hong Kong pula yang larang pelawat UK serta panjangkan tempoh kuarantin mereka pula.

Selain Hong Kong, negara-negara lain seperti India, Kanada, Switzerland, Sweden, Turki, Arab Saudi, Iran, Perancis, Jerman, Ireland, Itali, Austria, Romania, Belanda dan Belgium telah larangkan pelawat dari UK sejak semalam ekoran negara itu umumkan lockdown paling ketat kerana situasi Covid tidak terkawal di sana akibat penularan mutasi baru Covid yang merebak dengan kadar 70% lebih laju.

Pandangan saya ialah kerajaan bukan sahaja perlu sentiasa memastikan warga Malaysia selamat tetapi juga perlu memastikan warga sentiasa rasa selamat supaya rakyat yakin kerajaan sedang menjaga mereka.

Dalam keadaan ini di mana banyak negara sudah bertindak dan berita virus mutasi di UK sedang hangat, saya percaya ramai rakyat sudah tentu risau dan mahu kerajaan buat sesuatu selain memantau.

Tak apa. Keputusan MKN kerajaan PN untuk hanya memantau situasi di United Kingdom buat masa kini tentu ada asasnya.

Kita bersangka baik.

Posting saya berhubung isu ini: https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10157568702315952



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157569708100952/

Leave a Reply